Bismillahirahmirahim..
Assalamualaikum, semua..
Semakin hari aku rasa hubungan aku dan rakan aku semakin renggang.. Aku tidak tahu sama ada ia betul-betul berlaku ataupun ianya hanyalah perasaan aku semata-mata.
Semakin hari jugak aku rasa diri aku semakin hilang wawasan diri aku.. Aku keliru. Wawasan diri aku semakin hilang apabila terlalu banyak masalah yang membelenggu di beban fikiran aku. Tapi aku tahu, HIDUP TANPA WAWASAN IBARAT PERAHU YANG SEBENTAR LAGI AKAN KARAM.. ini kerana dia tidak tahu bagaimana ingin mengawal perahu yang ditolak ombak yang deras. Begitu juga dengan hidup manusia, jika peru sentiasa bersedia menghadapi segala rintangan hidup yang telah ditetapkan takdir dan Allah SWT.
Hari tu, aku dan dua orang kawan aku (Waniey and A'isyah) buat satu wawasan diri iaitu 3 G. E. that's means GOOD GREAT GOOD EDUCATION..InsyaAllah wawasan diri yang kami bertiga buat niey akan sentiasa ada dalam hati. Tapi aku tetap tak yakin dengan diri aku sendiri. Aku masih lagi tercari-cari wawasan diri aku sendiri. Aku sendiri tak pasti apa yang aku kejar dalam hidup aku.. Aku yakin hal niey bukan aku jew yang alami, betul tak..??
Dulu, semasa aku ahli badan MPP wawasan diri aku adalah KEIKHLASAN DAN KESABARAN.. Ini semua sebab aku tugas aku sebagai ahli MPP bukan senang ia memerlukan keikhlasan dalam menjalankan tugas dan kesabaran yang sentiasa menguji diri.
Aku yakin dalam masa yang terdekat niey aku akan temui wawasan hidup aku yang baru dan insyaAllah ianya akan kekal. Aku harap semua orang mempunyai wawasan hidup dan tidak akan mengalami masalah ataupun musibah sebagaimana menimpa aku.. InsyaAllah..
Assalamualaikum..
Ikhlas : Nur Iela Auniey
No comments :
Post a Comment