Assalamualaikum w.b.r
Hari ini saya ingin bercakap tentang hukum sebenar memberi salam kepada kita sesama Islam.
Seperti yang selalu kita dengar, memberi salam adalah sunat dan menjawab salam adalah wajib. Betul tak ??
Akan tetapi baru - baru ini ada sekumpulan pelajar tertanya - tanya tentang hukum memberi salam kerana ada seorang lelaki memberitahu kepada mereka bahawa haram memberi salam pada jantina yang berlainan dan haram jika orang itu menjawabnya. Contohnya, lelaki memberi salam kepada wanita dan wanita memberi salam kepada lelaki. Adakah itu betul atau rekaan semata-mata ??
Untuk mengsahihkan perkara ini, saya bertemu dengan seorang ustaz, iaitu Ustaz Sa'ibong yang mana dia selalu menyampaikan kuliah maghribnya di masjid berhampiran dengan rumah saya. Beliau telah mengatakan bahawa apa yang telah disampaikan oleh lelaki itu adalah betul.
Kenapa betul ??
Betul bersebab. Jika perempuan itu memberi salam dengan niat untuk memikat lelaki itu dan lelaki itu menjawab salam itu maka dalam situasi ini haram memberi dan haram menjawab. Begitu juga sebaliknya. Tetapi jika kita memberi salam dengan niat yang betul iaitu untuk memberi salam maka ianya adalah sunat dan wajib untuk orang yang telah diberi salam itu untuk menjawabnya.
Begitulah hukum sebenarnya . Semoga ianya bermanfaat untuk semoga .
Semoga bertemu lagi .
Assalamualaikum wbr
No comments :
Post a Comment