tazkirah

Wednesday, 6 April 2016

UCAPAN KERINDUAN



assalamualaikum. 


aku ingin meluahkan perasaan aku yang telah lama memendam rasa. 

sebenarnya, aku telah menyimpan perasaan rindu kepada seseorang yang telah menjaga aku sewaktu kecil dan telah berpisah sejak aku berumur 8 tahun. Dia adalah seorang anak angkat kepada arwah nenek aku. Aku tidak tahu apa yang telah berlaku dulu sehingga dia pergi tanpa memberitahu walau sepatah. Sejak dia pergi dari rumah itu, aku sentiasa merinduinya dan tidak pernah melupakan nya. Dia seorang yang baik bagi aku. Dia selalu ada untuk memujukku apabila diamarahi oleh mama. Dia sentiasa melayan kerenah ku walaupun kadang-kadang aku tahu itu adalah melampau. Dia sentiasa bersabar dengan aku . . Aku tidak dapat mengambarkan kerinduan aku terhadap dirinya dan aku juga tidak dapat mengatakan isi hati aku tentang kerinduan aku terhadap dirinya. 

Pada suatu hari, sewaktu aku pergi membeli makanan untuk santapan malam keluarga ku, secara tetiba ibu ku berpesan "sekejap lagi jangan pandang ke arah kereta itu sebab TUTTTTT ada dalam kereta itu. " Aku terkejut bila terdengar kata-kata itu. 
Aku seakan akan mahu menangis kerana aku amat merinduinya dan hati ku ingin sekali bertemu empat mata dengannya. Pada tahun ini, telah genap 10 tahun perpisahan antara kami. 10 tahun adalah tempoh yang lama untuk aku. Aku tertanya tanya apakah punya semua ini berlaku. Sampai bila aku harus menahan kerinduan ini. Adakah dia juga merindui aku sepertimana aku merinduinya ?? Ataupun dia telah melupakan aku ?? 

Aku hanya mampu berdoa agar dia sentiasa sihat dan bahagia bersama yang tersayang dan aku juga berdoa agar satu hari nanti aku akan ditemukan dengannya. 
I MISS YOU . 
sekian . 
Assalamualaikum. 

x

No comments :