Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh ..
Salam Sejahtera ..
Apa khabar semua ? Iela harap semua sihat ..
Setelah sekian lama iela berdiam .. hari ini iela akan menulis sedikit sebanyak tentang cinta ke jalan Jannah Allah SWT ..
Mungkin apa yang bakal iela katakan ini tidak akan membawa kita Jannahtul Firdausi .. tapi mungkin ia akan menyentuh sedikit isi rohani kita..
Korang ..
Iela bukan nak mengatakan yang iela ni baik ke apa ke .. tak .. tapi iela cuma ingin berkongsi apa yang baru iela ketahui ..
Cinta ..
Ia memang tak salah ..
Tapi cara kita bercinta itu yang sering membuatkan kita melangkah ke nerakaNya..
Cara bercinta yang iela maksudkan..
Apabila dua orang yang bercinta duduk berdua-duaan.. pasti ada yang ketiga ..
Dan yang ketiga itu pastinya syaitan .. Ia akan menghasut kita untuk melakukan sesuatu maksiat ..
Maksiat di sini seperti berpegangan tangan, bertepuk tampar dan sebagainya ..
Akan tetapi .. ada juga cara bercinta yang mungkin diredhai Allah ..
Maksudnya.. bercinta jarak jauh ..
Pasangan yang jarang jumpa .. kalau jumpa pun semestinya takkan jumpa berdua..
Pasangan ini jugak selalu nasihat menasihati dan sentiasa mengingatkan tentang Allah SWT ..
Jangan kita terlalu mengagungi cinta sesama manusia..
Tapi agungilah kebesaran cinta manusia dan Allah ..
Ini kerana kita takut cinta kita menjadi cinta yang tidak diredhai Allah ..
Dan menjadikan kita melupakan Allah ..
Awasi hati kita.. jangan sampai hati kita lalai akan keesaan Allah SWT ..
Korang,
Kalau kita mempunyai cinta..
Simpanlah cinta itu dulu.. Cintakan Allah & Rasulullah SAW terlebih dahulu ..
Janganlah kita risau .. jika benar dia milik kita .. Allah pasti temukan jua ..
Berdoalah kepada Ilahi semoga .. orang yang kita cinta itu menjadi jodoh kita yang diredhai ..
Dalam dunia cinta ..
Ia terbahagi kepada tiga ..
Cinta yang pertama ialah Syaitan
# cinta yang membuatkan kita sering terikut ikut perangainya.. perangai yang dimurkai Allah .. seperti memandang sesuatu yang tak sepatutnya, melakukan sesuatu yang tidak boleh dilakukan ..
Kedua, cinta kepada Jin
# iaitu cinta yang membuatkan kita seolah olah menduakan Allah .. Ia seperti percayakan sesuatu yang tidak patut dipercayai .. contohnya, orang yang memakai susuk, orang yang memelihara hantu raya dan sebagainya .. hal ini kerana mereka percaya bahawa makhluk sebegitu dapat membuatkan mereka dihormati, disegani sesama makhluk di dunia ini ..
Dan yang ketiga cinta kepada Allah
# ini adalah cinta yang mesti kita cari, selami dan alami .. cinta ini menjamin masa depan kita di akhirat nanti.. cinta ini jika tidak disemai ia pasti akan pudar .. jadi semailah ia sebaik baiknya ... sentiasa lah berzikir, beristighfar dan beramal..
Dalam ketiga tiga cinta ini .. hanya kita yang tahu cinta yang mana yang dikejar.. jika yang dikejar itu betul maka teruskan .. tapi jika sebaliknya, kembalilah ke jalan yang sepatutnya sebelum malaikat datang menjemput kita menghadap yang Esa ..
Korang ,
Jika kita mencari cinta manusia..
Carilah orang yang dapat membimbing kita ke arah yang benar ..
Jangan kita cari orang yang mengheret kita ke jalan yang tidak sepatutnya ..
Kita kena ingat ..
Keimanan , ketaqwaan , yang akan menemani kita nanti di alam bakhzah ..
Bukanlah ..
Kekayaan , Kejayaan yang tidak disyukuri ..
Sampai di sini sahaja sedikit sebanyak pesanan iela..
Bukan iela nak tunjuk pandai tau apa .. iela hanya sekadar ingin berkongsi perkara yang baik ..
Di samping, iela menasihati diri iela sendiri ..
Dengan cara seperti ini .. InsyaAllah , agama yang menentukan kebaikan di akhirat ini akan berkembang..
Agama Islam menjamin masa depan kita ..
Assalamualaikum ..
Ikhlas ,
NUR IELA AUNIEY / DIDDY SYAHIELA ..