Dulu di sebuah taman perumahan yang diberi nama Taman Harmoni, terdapat seorang wanita yang cantik dan ayu yang bernama Elya. Elya seorang yang cantik, bijak, baik, jujur, tulus dan sopan dengan sesiapa sahaja. Ramai yang senang apabila berkawan dengannya. Elya mempunyai seorang sahabat karib yang bernama Ary. Ary adalah tempat untuk Elya mencurahkan segala pahit manis dalam hidupnya.
Kisah persahabatan di antara Elya dan Ary bermula daripada mereka bersekolah di sekolah rendah yang sama sehinggalah mereka dapat memasuki universiti yang sama iaitu Sunway University College di Kuala Lumpur. Mereka mengambil aliran psikologi. Di kolej tersebut Elya dan Ary mendapat ramai kawan dan mendapat dua orang sahabat rapat lelaki yang bernama Arif dan Kamal. Mereka berempat sangat rapat. Pada sebelumnya, Elya dan Ary tidak pernah rapat dengan lelaki sebagaimana hubungan mereka dengan Arif dan Kamal. Mereka berempat selalu bersama contohnya selalu belajar dalam kumpulan, pergi perpustakaan bersama dan rehat bersama.
Dalam ikatan persahabatan antara mereka terdapat mata yang bertentangan iaitu Elya dan Arif. Mereka menyimpan perasaan di antara satu sama lain tapi masing-masing menutupi, merahsiakan perasaan cinta yang dirasakan oleh diri mereka. Suatu hari, Arif bertanya kepada sahabat baik kepada Elya iaitu Ary,
“Hai Ary, boleh aku tanya sikit.?”
“ Hai Arif, kau nak tanya apa kat aku.? Tanya lah.
“Macam mana aku nak luahkan perasaan aku kat Elya, ekk.?”
“ Kalau kau betul-betul sukakan dia, kau cakap je la. Lagipun Elya suka kalau orang tu berterus-terang.”
“Oh, okey la. Kalau macam tu. Thank you Ary.”
Pada malam tu, Arif tabahkan hatinya yang malu itu untuk meluahkan perasaannya bahawa dia mencintai Elya. Arif mengajak Elya keluar makan di tempat yang selalu mereka pergi. Semasa Elya menikmati makanan yang dipesan olehnya tadi, Arif meluahkan perasaannya terhadap Elya. Elya membisu seribu bahasa, satu perkataan pun tidak terkeluar daripada mulut Elya. Arif rasa lega setelah dia meluahkan perasaannya yang selama ini terbuku di dalam hatinya. Tiba-tiba Elya bersuara dan mengatakan,
“Arif, saya rasa benda ini bukanlah sesuatu yang main-main. Benda ini sesuatu yang serius, jadi berilah saya waktu untuk memikirkannya.”
Arif diamkan diri dan mengangguk yang bermaksud setuju dengan apa yang dikatakan oleh Elya. Arif tidak kisah jika Elya tidak menerima cintanya kerana baginya, sesuatu yang diingikan tidak semestinya kita akan dapatkan.
Selang beberapa hari, Elya dan Arif berjumpa di perpustakaan kolej mereka. Arif langsung tidak menyoal Elya tentang apa perasaan Elya terhadapnya setelah apa yang dipendam selama ini diluahkan. Walaupun begitu, seribu satu soalan bermain difikiran Arif, “apakah perasaan aku terbalas? Atau cinta aku cuma bertepuk sebelah tangan?” Itulah yang sentiasa difikirannya. Namun, mereka berkelakuan seolah-olah tiada apa yang berlaku. Tidak lama selepas itu, Elya berkata,
“ Arif, yang sebenarnya saya telah mendapat keputusan tentang apa yang telah awak luahkan dulu.”
Arif menjadi tertanya-tanya ‘apakah jawapan yang bakal diberikan oleh Elya? Adakah menerima aku atau sebaliknya. Aku harus kuatkan hati aku walau apapun jawapan yang bakal aku terima.”
“Arif, saya rasa keputusan saya telah muktamad dan saya harap awak dapat terima apa pun jawapan saya nanti.”
Wajah Arif ketika itu berubah dan hatinya berkata ‘mungkin aku tiada jodoh dengannya’ lalu menundukkan wajahnya. Elya tersenyum melihat gelagat Arif.
“Saya terima awak, Arif. Ya, saya terima awak sebagai kekasih hati saya.”
“ Betul ke ni? Awak terima saya sebagai kekasih awak? Is that mean, you love as much as I love you?”tanya Arif bagaikan tidak percaya.Elya menjawabnya dengan sepenuh hatinya “yes”.
Sejak itu, bermulalah kisah percintaan di antara sepasang kekasih yang sangat serasi. Elya dan Arif selalu bersama. Elya sering menyatakan perasaannya yang gembira kepada sahabat karibnya, Ary. Ary langsung tidak mengeluarkan sepatah perkataan pun semasa Elya mencurahkan perasaan gembiranya. Ary hanya mendengar dan tersenyum. Ary selalu memberi sokongan kepada Elya tidak mengira dalam apa jua keadaan sekali pun. Itulah yang dinamakan sahabat yang sejati.
Perkara yang sama dilakukan oleh Arif iaitu meluahkan perasaan gembira yang tidak terungkap itu kepada sahabat baiknya, Kamal. Tindakan yang dilakukan oleh Kamal sama seperti tindakan Ary. Kamal hanya menjadi pendengar yang setia untuk Arif meluahkan perasaannya. Kamal akan selalu mendorong Arif tentang apa yang dilakukan oleh Arif.
Setelah sekian lama bercinta, Elya dan Arif terpaksa berpisah untuk seketika kerana mendapat mereka terpaksa menjalani praktikal di tempat yang berbeza. Perasaan sedih pasti timbul dalam hati mereka tetapi mereka tetap kuat menghadapinya. Bagi mereka ini adalah satu cubaan dalam percintaan di antara mereka. Tempat praktikal Arif ialah di Perak manakala Elya, praktikalnya hanya di Kuala Lumpur. Mereka dikehendaki menjalani praktikal tersebut selama tiga bulan. Sebelum Arif bertolak ke Perak, dia dan Elya berjumpa di tempat mereka selalu berjumpa.
“ Awak, saya harap awak percayakan saya. Saya nak awak tahu saya tak ada orang lain selain awak.” Kata Arif.
“ Saya percayakan awk. Saya pun nak awak tahu saya tak ada orang lain selain awak.” Kata Elya sambil tersenyum.
Setelah Arif pergi ke Perak, tinggallah Elya di Kuala Lumpur. Kepergiaan Arif telah membuat Elya sunyi di sini. Kepergian Arif membuatkan Elya dan Ary menjadi rapat dengan Kamal dan Akmal. Suatu hari, Elya dan Akmal pergi ke perpustakaan kolej untuk membuat perbincangan. Elya tidak mengetahui bahawa Arif sudah pulang dari Perak. Arif ternampak Elya bersama Akmal sedang bergurau-senda lalu Arif menjadi marah. Arif membuat keputusaan terburu-buru tanpa menyelidiki perkara yang sebenarnya. Arif mengajak Elya untuk keluar makan malam itu, Elya sangat gembira kerana Arif sudah kembali ke Kuala Kumpur.
Setelah mereka bertemu, Arif tidak menunjukkan reaksi marah di wajahnya. Elya semestinya gembira setelah bertemu dangan Arif. Tanpa membuang waktu, dengan perasaan yang penuh keegoan dalam diri Arif, dia telah mengatakan bahawa,
“ Elya, saya nak cakap sesuatu dengan awak. Saya dah tak tahan kalau terus-terusan macam ni. Saya dah buat keputusan yang saya nak hubungan kita putus.” Arif berkata dengan penuh yakin dan marah yang membara.
“Tapi kenapa tiba-tiba? Apa salah saya? Awak tak malu ke dengan Ary dan Kamal yang sentiasa sokong hubungan kita ? Tiba-tiba jadi macam ni pulak. Kenapa ni? What’s wrong with you? Awak dah gila atau sengaja nak malukan saya dengan kawan-kawan kita ke apa?” kata Elya dengan penuh emosi.
“ Sebelum awak cakap saya malu, awak cermin muka awak tu dulu! Dah la awak suka mainkan perasaan orang..Perempuan macam apa awak ni?”kata Arif dengan penuh marah dan keegoannya.
Elya, langsung tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Arif. Hatinya begitu sedih dengan apa yang terjadi. Mereka berdua pulang tanpa berkata panjang dan fikiran bercelaru pada malam itu. Elya mencurahkan perasaan sedihnya kepada Ary agar jiwanya merasa tenang sedikit.
Walau hari terus berganti hari, bulan berganti bulan, Elya masih memikirkan tentang apa yang terjadi padanya dan Arif. Seperti sebelumnya, Ary masih menjadi pendengar dan kawan baik Elya. Elya meluahkan segala yang terpendam di hati kepada Ary.
“ Ary, aku sedih sangat. Aku tak tahu apa salah aku sampai dia cakap macam tu.Aku tak tahu kenapa dia sanggup buat aku macam ni. Aku terlalu sayangkan dia, Ary. Aku sangat kecewa dengan apa yang telah terjadi antara aku dan Arif. Walaupun, dah empat bulan kami berpisah, aku masih ingatkan dia. Aku tak tahu macam mana nak lupakan dia. Terlalu banyak kenangan aku dengan dia, mungkin itu sebabnya aku tak boleh lupakan dia.” kata Elya dengan penuh kecewa dan sedih.
“ Aku faham perasaan kau. Aku harap kau sabar dengan semua ni. Anggaplah ini dugaan daripada Allah. Mungkin kau akan dapat seseorang yang lebih baik daripada Arif. Lagipun, kau perlu ingat bahawa Tuhan sentiasa bersama dengan orang yang sabar dan aku tahu yang sabar itu ajaib,”kata Ary dengan penuh kasih sayang untuk tabahkan Elya.
Keadaan Elya sangat teruk setelah hubungannya dan Arif roboh di tengah jalan. Elya seolah-olah dilema dengan apa yang telah berlaku. Elya terlalu sayangkan Arif. Ini menyebabkan Elya tidak tahu di mana dia akan melangkah selepas ini.
Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu dimanakah Elya akan melangkah selepas ini. Bagi Elya tiada lagi perasaan cinta dalam dirinya kerana Elya tidak ingin benda itu terjadi lagi. Bagi Elya juga, jatuh cinta itu sesuatu yang mustahil baginya kerana dia tidak mahu keegoan seorang lelaki itu mengubah kebahagiaannya menjadi kesedihan dan kesakitan dalam hatinya. Lagipun pepatah ada mengatakan bahawa tangisan dalam hati lebih sukar untuk diubati jika dibandingkan dengan tangisan yang keluar di pipi.