Di dalam kamar sepi dan sunyi yang dihiasi dengan pelbagai barangan berwarna ungu itu telah menemani malam Amna Nur Zara Qistina yang kosong tiada bermakna. Amna seorang pelajar di Sunway University College, Kuala Lumpur yang mengambil bidang peguam. Amna mempunyai bakat yang tersembunyi iaitu Amna mempunyai minat untuk menjadi seorang penulis. Dia selalu mengarang untuk menghilangkan rasa bosan dalam hari – harinya. Sebelum Amna melelapkan matanya, sesuatu kisah hitam telah terbayang kembali difikirannya.
“ Hai sayang!” sapa Muhd Adam Irawan Hakim kepada Amna Nur Zara Qistina semasa Amna berada di kantin sekolah. Adam seorang lelaki yang amat dicintai oleh Amna. Amna tidak pernah jatuh cinta sebelum dia mencintai Adam. Adam adalah lelaki yang pertama dicintai oleh Amna dengan sepenuh hati. “Hai, kenapa lambat?” tanya Amna kepada kekasihnya itu. “Sorry, sayang!” kata Adam sambil tersenyum. Adam dan Amna berjalan bersama menuju ke perpustakaan.
Semasa berada di perpustakaan, mereka berdua saling berpandangan dan membisukan dirinya. Walaupun begitu, mereka tetap mengulang kaji pelajaran mereka kerana mereka akan menghadapi peperiksaan SPM dalam masa beberapa bulan lagi. Jam telah menunjukkan pukul 3.45 petang, jadi telah tiba masanya untuk mereka pulang. “Sayang, jom balik!” kata Amna kepada Adam. Adam tanpa mengeluarkan sebagai perkataan hanya mengemaskan barangnya untuk pulang ke rumah.
Sesampai saja di rumah, Adam mandi dan makan sedikit makanan yang telah dimasak oleh ibunya. Selepas makan, Adam masuk ke dalam biliknya untuk mengulang kaji pelajaran. Semasa ingin mengulang kaji pelajaran, Adam batuk banyak kali sehingga mengeluarkan darah. Setelah dia melihat darah yang telah membasahi ditangannya, dia telah mengingatkan dia kepada sesuatu. Hal ini telah membuatkan Adam tidak dapat tidur malam.
“Hai, jauh termenung. Kenapa ni?” tanya Amna kepada Adam. Adam hanya menggelengkan kepalanya bagi menjawab soalan kekasihnya. Amna pelik dengan sikap Adam. Sejak Adam batuk berdarah pada hari lepas, Adam tidak seperti dulu lagi. Dia jarang bercakap. Dia selalu diam dan selalu mengurungkan diri dalam bilik. Kalau Amna bertanya kepada dia kenapa dia begitu, dia hanya jawab bahawa dia ingin tumpu perhatian kepada pelajaran. Amna sendiri tidak faham apa yang sebenarnya yang Adam fikirkan.
Peperiksaan SPM semakin dekat. Dalam masa 3 minggu lagi peperiksaan SPM akan tiba. Hubungan Amna dan Adam semakin hari semakin renggang. Amna pernah bertanya kepada ibu Adam kenapa Adam menjadi sebegitu. Ibu Adam beritahu Amna bahawa dia tidak boleh beritahu kepada Amna kerana dia telah berjanji dengan Adam bahawa dia tidak akan memberitahu sesiapapun. Semasa menghadapi ujian SPM, Amna dan Adam tidak pernah bercakap. Amna sangat risaukan Adam. Amna ingin sekali bercakap dengan Adam.
Tamat sahaja ujian SPM, Adam meneguri Amna. Amna sangat gembira setelah mendapat teguran daripada Adam. Keresahan tentang Adam berkurang setelah Adam menegur dirinya. “Hai, Amna! Boleh kita cakap jap?” tanya Adam. Amna hanya mengangguk. Tidak sempat Amna berbicara Adam telah memulakan pembicaraannya. “Amna, maafkan saya sebab mengelak daripada awak selama ni. Saya ingin mengucapkan semoga awak berjaya dalam SPM dan berjaya sehingga awak berjaya mencapai cita-cita awak sebagai seorang peguam.” Belum sempat Amna membalas kata-kata daripada Adam kerana dia terus berlalu selepas mengatakan kata-kata itu.
Amna langsung tidak faham dengan apa yang diperkatakan oleh Adam. Kata-kata Adam seolah-olah dia akan pergi jauh dari Amna. Amna cuba menelefon Adam tapi panggilannya langsung tidak dijawab oleh Adam. Dia cuba pula untuk mesej kepada Adam tetapi Adam tetap tidak balas mesejnya itu. Amna semakin binggung dengan apa yang terjadi antara dia dan Adam.
Dengan apa yang telah terjadi, Amna fikir lebih baik dia pergi ke rumah Adam untuk menanyakan hal yang sebenar. Amna memakai sepasang baju kurung berwarna putih untuk pergi ke rumah Adam. Sebelum Amna pergi ke rumah Adam, tiba-tiba ada seorang lelaki iaitu Muhd Afiq Azmir Asyraf, kawan rapat kepada Adam tiba di rumah Amna. Afiq datang ke rumah Amna dengan berlari. “Asal dengan kau ni Afiq? Datang rumah aku lari-lari ni asal?” tanya Amna kepada Afiq. “Wei, aku nak bagi tau kau sesuatu ni. Tapi aku harap kau tak terkejut.” jawab Afiq. “Sebenarnya, Adam dah meninggal pagi tadi,”sambung Afiq. Amna sangat terkejut dengan apa yang diperkatakan oleh Afiq. Dia bagai tidak percaya. Ibu dan ayah Amna membawa Amna dan Afiq pergi ke rumah Adam.
Tibanya di rumah Adam, airmata Amna tidak dapat berhenti mengalir dipipinya. Baru satu hari ujian SPM berlalu, bagaikan tidak percaya bahawa Adam sudah kembali ke rahmatullah. Kini, Amna mengerti apa yang diperkatakan oleh Adam semalam. Selepas acara pengkebumian selesai, ada suara yang berbicara kepada Amna semasa dia ingin pulang, “Amna, Adam tinggalkan surat ni sebelum dia meninggal,” kata ibu Adam kepada Amna. Amna mengambil surat yang diberi oleh ibu Adam dan berkata, “Terima kasih, mak cik,” Amna terus pulang selepas menerima surat itu.
Amna masih sedih dengan kepergiaan Adam. Walaupun sudah tiga hari Adam pergi meninggalkan dirinya, dia masih belum membuka surat yang diberi oleh ibu Adam. Amna rasa sudah tiba untuk dirinya membaca surat yang ditulis oleh arwah Adam. Semasa Amna memegang surat itu, airmatanya mengalir dipipi dengan laju. Ibu Amna secara tidak sengaja melihat Amna menangis memegang surat itu. Ibu Amna member semangat kepada Amna untuk membaca surat itu. Amna mula membuka surat itu dan membacanya bersama-sama ibunya.
Assalamulaikum Amna, ratu hatiku.
Sayang, kalau awak terima surat ni bermakna saya sudah pergi dari hidup awak buat selamanya. Sayang,saya minta maaf jika kepergian saya ini amat menyakitkan bagi awak. Saya mintak maaf Amna, saya terpaksa menjauhkan diri saya daripada awak sebelum ni. Ini semua sebab saya tak mahu awak sedih. Amna, saya mencintai awak dengan penuh rasa hati saya. Saya tak pernah membahagikan rasa cinta ini kepada orang lain. Percayalah.
Amna, saya mintak maaf sebab saya telah merahsiakan sesuatu daripada awak sepanjang tiga tahun kita bercinta. Amna, saya lakukan ini semua kerana saya tak nak awak terluka. Sebenarnya, saya menghidap penyakit barah hati. Dah lama saya menghidap penyakit ni. Tapi saya terpaksa rahsiakan benda ni. Maafkan saya.
Amna, saya dah tiada lagi di dunia ni. Jadi saya harap awak boleh lupakan saya. Amna, mungkin jodoh kita tak panjang. Amna, saya tak nak melihat awak sedih. Saya nak awak bukak hati awak kepada orang yang betul-betul mencintai awak dengan sepenuh hati dia. Sayang, awak kena ingat jodoh pertemuan, ajal dan maut itu semuanya di tangan Allah SWT. Lupakanlah saya dan berilah cinta awak kepada orang yang lebih layak. Amna, berilah kesetiaan dan cinta awak itu kepada orang yang cintakan awak dengan sepenuh hati awak sebagaimana awak pernah berikan semua itu kepada saya.
Amna, walaupun saya tiada lagi di dunia yang indah ni tapi saya tetap sayang dan cintakan awak. Awak ingat lagikan masa kita mula-mula kenal dulu. Kita selalu gaduh. Pantang jumpa mesti gaduh. Tapi akhirnya kita bercinta. Sayang, saya mintak maaf sebab lukakan hati awak.
Amna yang ku sayang dan yang ku cinta,
Saya, Muhd Adam Irawan Hakim menyusun sepuluh jari saya meminta maaf kepada awak jika saya pernah menyakitkan hati awak. Amna, jika awak sayangkan saya tolong tunaikan permintaan saya ni. Yang pertama, tolong teruskan hidup awak dengan penuh semangat supaya awak dapat menjadi seorang peguam sebagaimana yang awak impikan. Yang kedua, tolong bukak pintu hati awak kepada orang lain. Saya yakin, masih ada orang dalam dunia ni yang mencintai awak sebagaimana saya mencintai awak. Percayalah, Amna.
Amna tunaikanlah permintaan saya itu. Saya ingin awak bahagia dengan orang lain. Amna Nur Zara Qistina buat kali terakhir saya Muhd Adam Irawan Hakim mengucapkan bahawa saya mencintai awak dengan sepenuh hati saya dan tiada orang yang dapat mengantikan awak dalam hati saya.
I LOVE YOU SO MUCH.. <3
Salam Sayang,
Adam
Amna menangis tanpa henti setelah membaca surat itu. Ibu Amna memberi semangat kepada Amna. Amna sangat menyayangi Adam.
Telefon yang berbunyi telah menyedarkan Amna dari lamunannya. Dia menyambut panggilan itu dengan penuh mesra. Tetapi yang sebenarnya, Amna sedang menangisi kisah silamnya. “Okey, kita jumpa esok.” Amna kembali mengenang kisah silamnya. Dia amat sedih.
“Hai. Lama tunggu?” seorang lelaki telah menyapa Amna. Amna tersenyum dan menggelengkan kepalanya bagi menjawab pertanyaan lelaki itu. Lelaki itu adalah kekasih Amna yang bernama Muhd Adam Haiqal. Orang ramai memanggilnya Adam tetapi Amna lebih gemar memanggilnya Haiqal kerana dia tidak ingin mengingati kisah silam. Amna dan Haiqal telah bercinta selama setahun. Kini, Amna telah menunaikan kedua-dua permintaan Adam.
‘Adam, saya telah menunaikan kedua-dua permintaan awak. Kini saya bahagia dengan dia. Adam, awak perlu tahu bahawa awak tetap berada dalam hati saya walaupun saya telah mempunyai Haiqal. Adam, saya juga sedang belajar cara-cara menjadi peguam yang baik. Adam, saya amat merindui awak. Kalau masa boleh diputar pasti saya akan memutarkannya agar saya dapat bersama awak kembali,’ Amna bermonolog sendiri.
Amna telah menunaikan permintaan bekas kekasihnya. Dia sangat bahagia. Dia berharap agar Adam selalu memerhatikan dirinya agar dia tidak kesepian.
3 comments :
Wahh,dik..not bad jalan citer ni..
teruskan yep! :)
thanx akak.. tgh tulis citer bru.. tunggu ekk.. hihi..
wahh.. Alaa tu kaki novel.. mu bleh cayo la gapo dio oyap..
Aku x baco lagi..panje etep.. malas eh. hahaha..
Alaa..ado novel lawok x? pinje.. (tu jah la kijoey aku)
Post a Comment