Di kamar tidur, Syira Batrisya iaitu seorang pelajar tingkatan lima meluahkan perasaannya dengan menulis di komputer ribanya. Masalah tidak pernah berhenti menghampiri diri Syira. Dia selalu tabah menghadapi masalahnya. Tambahan pula, terdapat seorang pelajar lelaki tingkatan enam atas iaitu pelajar pra-universiti selalu memberi semangat kepadanya. Lelaki itu bernama Azmir Asyraf atau dikenali sebagi Azmir. Syira memanggilnya dengan panggilan abang. Manakala, Azmir memanggilnya dengan panggilan adik. Sedang Syira menulis diarinya di komputer ribanya, tiba-tiba telefonnya berbunyi yang menunjukkan bahawa dia mendapat satu mesej.
‘ salam, adik esok jadi tak study ?’ Syira membuka mesejnya ternyata Azmir yang menghantar mesej kepadanya. ‘salam, jadi laa.okey, jumpa esok !’ Syira membalas mesej Azmir lalu menutup komputer ribanya.
Di pagi yang indah, Syira melihat kebesaran Allah dengan melihat awan yang terbentang luas di balkoni bangunan sekolahnya. Dia termenung seorang diri di balkoni bangunan bloknya. Tiba-tiba, seseorang telah memeranjatkannya dari belakang.
‘Hai, asal termenung ni ingat kat saper ?’ kata rakan seniornya iaitu Irawan yang merupakan rakan sekelas Azmir yanga sangat akrab. Syira tersenyum setelah menerima sapaan daripada Irawan itu.
‘Maner ade. Sajer je termenung,’ balas Syira kembali.
Irawan tersenyum sambil berkata, ‘ ingat kat orang tu ke?’
‘Eh, tak laa. Lagipun, nanti jumpa jugak. Abang, dah empat tahun Syira simpan benda ni.’
‘Itu la Syira, abang suruh terus-terang, Syira tak nak. Habis tu sampai biler Syira nak tunggu dia.’
‘ Abang, Syira dah banyak kali cakap kat abang yang Syira takut untuk berterus-terang pada dia. Lagipun, Syira takut benda ni akan memberi impak yang buruk terhadap hubungan kita orang.’
‘ Suka hati Syira la. Abang cakap Syira bukan nak dengar pun,’ kata Irawan dengan pasrah.
‘ Syira masuk kelas dulu la, bang. Nanti cikgu marah pulak,’ Irawan hanya mengangguk saja dengan apa yang diperkatakan oleh Syira. Syira terpaksa meminta diri untuk masuk ke kelas kerana takut dimarahi guru mata pelajarannya.
Setelah tamat sesi pembelajaran, Syira ke kantin untuk menepati janjinya terhadap Azmir. Mereka telah berjanji untuk mengulang kaji pelajaran. Alia, Sofea dan tidak ketinggalan iaitu Irawan juga menyertai mereka untuk mengulang kaji. Alia dan Sofea ialah rakan sekelas sastera Syira. Sepanjang mereka mengulang kaji, tiada satu perkataan pun yang keluar dari mulut Syira mahupun Azmir, hanya Irawan, Alia dan Sofea sahaja yang bertutur bicara. Irawan yakin pasti Syira memikirkan sesuatu sehingga tidak mengeluarkan sepatah pun perkataan.
‘ Syira nak air tak? Abang belikan, lagipun abang haus ni,’ Azmir bersuara untuk memecahkan kesunyiannya dan Syira. Syira tetap diam tidak berkata malah dia hanya menggelengkan kepalanya untuk menjawab soalan Azmir. Azmir agak hairan dengan tingkah laku Syira. Dia juga mempunyai firasat yang sama seperti Irawan yang mengatakan Syira mempunyai masalah sehingga dia diam sebegitu. Tiba-tiba, Sofea dan Alia meminta diri untuk pulang kerana mereka terpaksa pulang awal. Hanya tinggal Syira, Irawan dan Azmir sahaja di situ. ‘ Syira ada masalah ke ?’ tanya Azmir bagi memuaskan hatinya. ‘ Kenapa tanya macam tu? Syira tak ada masalah apa-apa pun,’balas Syira.‘ Kalau tak ada masalah kenapa diam dari tadi?’ tanya Azmir lagi dengan tidak puas hati. Syira menukar topic perbualan itu dengan mengajak Irawan dan Azmir pulang kerana hari sudah agak senja.
Pada malam itu, Syira dan Irawan chatting melalui yahoo mail. Irawan menanyakan soalan yang sama seperti Azmir di kantin. Syira berkata bahwa dia memikirkan tentang apa yang dibicarakan olehnya dan Irawan pada pagi hari itu tadi. Setelah empat tahun Syira, Azmir dan Irawan bersahabat, dalam diam Syira menyimpan perasaan terhadap Azmir. Perasaan yang dirasakan oleh Syira ini tidak pernah diluahkan kepada sesiapa pun kecuali Irawan. Hanya Irawan yang mengetahui isi hati Syira terhadap Azmir. Syira selalu berdebar apabila berjumpa dengan Azmir. Dia tidak pernah mencintai mana-mana lelaki seperti ini. Tambahan pula, Syira tidak pernah bercinta. Irawan selalu memberi semangat kepada Syira supaya bersabar dengan setiap dugaan. Irawan telah menganggap Syira seperti adiknya sendiri jadi tidak mungkin dia sanggup melihat Syira bersedih.
Selang beberapa hari, semasa Syira dan Irawan ingin ke kantin untuk membeli air, Syira ternampak Azmir sedang bermesra bersama seorang perempuan yang amat dikenali oleh Syira iaitu Maisara. Maisara ialah musuh kepada Syira. Maisara juga menyimpan perasaan terhadap Azmir. Sudah banyak kali, Maisara memberi amaran kepada Syira supaya tidak mendekati Azmir. Hati Syira sewaktu itu sangat sakit dan sedih. Sesudah sahaja Irawan dan Syira membeli air, Maisara beredar dari meja Azmir. Irawan mengajak Syira untuk ke meja Azmir. Irawan dan Azmir berborak panjang tetapi tiada satu topic pun Syira bersuara. Irawan yakin bahawa hati Syira sangat sedih. Tiba-tiba, Syira bersuara lalu berkata, ‘Abang, cakap apa dengan Maisara tadi?’
‘Tak ada apa-apa la. Borak kosong je,’ balas Azmir.
‘Borak kosong je? Tapi Syira nampak macam lain je.’
‘ Lain? Ye, ke? Okey la dik, abang mengaku. Sebenarnya abang bercinta dengan Maisara.’
Setelah Syira mendengar pengakuan itu, hatinya amat sakit. Irawan melihat Syira dengan penuh kasihan. Syira cuba mengawal perasaannya. ‘Abang tahukan yang Syira dengan Maisara tak sehaluan? Tapi kenapa abang terima dia?’
‘ Alaa, kejap je tu. Lama-lama nanti Syira dengan dia okey la,’ balas Azmir dengan malas. Syira membisu seribu bahasa setelah mendengar jawapan daripada Azmir.
Lama-kelamaan, Syira tidak dapat menahan sebak di dadanya sehingga dia terpaksa meminta diri untuk pulang.
‘Abang, Syira pulang dulu la. Rasa malas nak study hari ni.’ Tiada reaksi daripada Azmir mahupun Irawan. Tetapi Irawan tahu Syira sedih dengan apa yang telah terjadi itu. Tidak lama setelah Syira beredar, Irawan pula meminta diri daripada Azmir untuk pulang tapi hakikat yang sebenar Irawan ingin mengejar Syira.
‘Syira, tunggu dulu!’ panggil Irawan. Syira agak terkejut lalu langkahnya terhenti. Sesampainya Irawan di masjid sekolah di mana Syira berhenti, dia nampak airmata Syira yang jatuh di pipi. Irawan mengeluarkan tisu yang ada dalam poket seluarnya lalu diberinya kepada Syira. Syira mengambil tisu tersebut lalu mengelap airmata yang jatuh membasahi pipinya itu.
‘Syira sedih?’ tanya Irawan kepada Syira. Syira hanya mengangguk bagi menjawab soalan daripada Irawan. Mereka berdua membisu buat seketika. Tiba-tiba Syira bersuara, ‘Syira redha jika dia bukan milik Syira.’
‘Syira yakin?’ tanya Irawan. Syira mengangguk untuk menjawab soalan Irawan. ‘Kalau Syira yakin bagus la. Abang selalu doakan Syira bahagia dan dapat orang yang lebih baik daripada dia. Abang yakin pasti Allah ingin Syira dapat orang yang lebih baik daripada dia,’ kata Irawan lalu tersenyum supaya hati Syira sedikit terhibur. ‘Thanks, abang,’ hanya ucapan terima kasih yang keluar dari mulut Syira. Perasaan sedih Syira mungkin terubat sedikit setelah mendengar kata-kata daripada Irawan. Walaupun begitu, dia tidak dapat menipu hati dan perasaannya bahawa dia terlalu sayang dan cinta kepada Azmir.
Hubungan Syira dan Azmir agak renggang selepas kejadian itu. Irawan tidak berhenti memberi kata-kata semangat kepada Syira. Irawan sangat risau dengan keadaan Syira kerana dalam masa beberapa minggu lagi Syira akn menduduki peperiksaan SPM. Begitu juga dengan dirinya sendiri yang akan menduduki peperiksaan STPM.
‘Syira, tunggu!’ tiba-tiba Azmir menegur Syira semasa Syira ingin ke perpustakaan. Syira terkejut setelah menerima sapaan daripada Azmir setelah sekian lama tidak berhubung. Langkah Syira terhenti. Hatinya berasa berdebar-debar.
‘Syira, maafkan abang!’ Syira agak binggung dengan apa yang diperkatakan oleh Azmir. Tetapi Syira hanya diam. ‘Syira, abang tahu, abang salah kerana percayakan Maisara. Abang juga salah buat keputusan untuk bercinta dengan Maisara. Maafkan abang!’ disambung lagi oleh Azmir. Syira rasa bersalah dengan Azmir. walaupun dia tidak mempunyai salah tetapi dia rasa sangat kesian terhadap lelaki yang dicintai itu. ‘Abang tak salah. Sudah la bang, kita lupakan benda yang lama itu. Tak payah nak ungkit lagi,’ Syira mulakan berbicara. ‘Abang, jom kita pergi library,’ sambung Syira untuk ceriakan hati Azmir. Azmir tesenyum setelah menerima pelawaan daripada Syira.
Sesampainya mereka di library, Syira nampak Irawan sedang membaca buku seorang diri. Syira tersenyum lalu dia menyapa Irawan. ‘Hai, nak join boleh?’
‘Ish, budak ni! Buat terkejut orang je. Duduk la. Eh, kau pun ada Mir,’ kata Irawan dengan terkejut. Azmir tersenyum dengan teguran yang diberi oleh Irawan. Syira dan Azmir duduk bersebelahan dalam perpustakaan. Syira juga duduk bertentangan dengan Irawan. Mereka duduk sepeti baru kenal. Mereka juga diam seribu bahasa.
‘Azmir macam mane hubungan kau dengan Maisara sekarang? Bahagia?’ kata Irawan sedikit memerli Azmir. Azmir tersenyum lalu berkata bahawa dia dengan Maisara telah berputus. Dia sedar bahwa Maisara hanya ingin memainkan perasaan dia. Syira dan Irawan agak terkejut setelah mendengar kata-kata yang dikeluarkan oleh Azmir. Baru sekarang mereka tahu bahawa Azmir dan Maisara telah berputus seminggu yang lalu.
‘Jodoh aku bukan untuk bersama dia. Mungkin jodoh aku belum sampai. Atau aku yang tak nampak aku sendiri tak tahu.’ kata Azmir dengar penuh penyesalan. Irawan dan Syira saling berpandangan setelah mendengar keluhan daripada Azmir. Irawan tahu isi hati Syira yang sedih itu namun Irawan tidak mampu untuk mengubati hati Syira yang kepiluan itu. Irawan dalam diam, dia menyimpan hati terhadap Syira. Namun dia tidak mampu mengungkap segala itu.
‘Abang, Syira nak kena balik ni. Bye. Jumpa esok,’ Azmir hanya tersenyum dengan apa yang dikatakan oleh Syira manakala Irawan tidak menunjukkan apa-apa reaksi.
Sebulan selepas itu, Syira dan Irawan ingin ke kantin untuk membeli air. Syira berjalan mendahului Irawan. Syira kaku seketika setelah nampak Azmir dan seorang perempuan sedang bermesra. Irawan juga terkejut dengan apa yang terjadi. Perempuan itu adalah rakan sekelas mereka yang bernama Myraa. Airmata Syira tidak dapat dihalang lagi untuk jatuh membasahi pipi. Setelah airmatanya mengalir membasahi pipi dia terus lari untuk pulang ke rumah. Irawan tidak mampu untuk menghalang Syira. Disebabkan perasaan marah itu menguasai diri Irawan, dia menghampiri Azmir lalu menampar muka Azmir.
Semasa Syira ingin melintas jalan, dia tidak menyedari bahawa ada sebuah kereta BMW sedang menghampiri dirinya. Secara tidak sengaja kereta itu melanggar Syira. Kejadian itu dilihat secara langsung oleh ibu Syira iaitu Puan Sofieya, Irawan dan juga Azmir. Semua orang yang ada di situ sangat terkejut melihat kejadian yang tidak sangka itu. Pemilik kereta BMW itu, Encik Syahid sangat berasa bersalah dengan apa yang terjadi lalu dia membantu Puan Sofieya membawa Syira ke Hospital Pakar Perdana. Encik Syahid akan menanggung semua pembelanjaan Syira sepanjang dia di hospital.
Azmir sangat berasa bersalah dengan apa yang terjadi. Kalau bukan kerana dia dengan Myraa, Syira tidak akan mengalami kemalangan. Azmir dan Irawan sangat rapat dengan Puan Sofieya. Apabila doktor selesai memeriksa Syira, doktor memberitahu bahawa Syira dalam keadaan kritikal. Syira berada dalam keadaan koma. Doktor tidak dapat memastikan bila Syira akan sedar.
Azmir sangat menyesali dengan apa yang terjadi. Kini, dia tahu bahawa Syira menyimpan hati terhadap dirinya. Azmir sangat rasa bodoh kerana tidak menyedari perasaan cinta yang dirasai oleh Syira dan dirinya sendiri. Azmir memberitahu ibunya, Puan Syahida tentang Syira yang mengalami koma. Tetapi Azmir tidak memberitahu Puan Syahida tentang perasaan cinta yang dirasai oleh Syira dan dirinya. Puan Syahida meminta Azmir untuk membawanya pergi melawat Syira.
Sesampainya mereka di hospital, Azmir langsung tidak sangka bahawa Puan Syahida telah saling mengenal dengan Puan Sofieya. ‘Umi, jadi umi dah kenal lama dengan Mama Sofieya?’
‘Kami dah kenal lama, nak,’ jawab Puan Syahida dengan tenang. ‘Azmir, ada sesuatu yang perlu kamu tahu,’ kata Puan Syahida dengan sifat keibuannya. ‘Yang sebenarnya, Syira adalah adik-beradik sepersusuan kamu,Mir,’ sambung Puan Syahida. Secara kebetulan dan tidak sengaja Irawan terdengar perbualan itu semasa ingin memasuki bilik Syira. Irawan sangat terkejut setelah mendengar hal itu begitu juga Azmir. Azmir sangat terkejut apabila mengetahui hal itu. Dia sangat sedih kerana telah mencintai adiknya sendiri. Dia menangis tidak henti setelah mengetahui hal itu. Airmatanya terus membasahi pipi.
Beberapa hari kemudian, Syira sedar daripada koma. Azmir, Irawan, Puan Sofieya dan juga Puan Syahida sangat gembira. Syira juga gembira setelah sedar dari tidur panjangnya itu. Syira telah berada dalam keadaan yang stabil tetapi Syira perlu berehat di hospital untuk beberapa hari lagi. Puan Sofieya mengenalkan Puan Syahida kepada Syira. Puan Sofieya memberitahu Syira tentang perkara yang sebenar kepada Syira. Syira sangat terkejut dengan apa yang telah diberitahu oleh ibunya. Namun, dia tidak mampu melakukan apa-apa lagi. Dia telah menyesali dengan perasaan cinta yang dirasainya itu. Baginya Azmir itu memang bukan jodoh untuknya. Dia akan berserah kepada takdir.
Dua tahun sudah berlalu,Azmir dan Syira telah membiasakan diri mereka sebagai seorang adik dan seorang abang. Mereka juga telah membuang perasaan cinta yang pernah dirasai oleh mereka. Syira dan Azmir terima dengan suratan takdir untuk mereka. Kini,Syira sedang belajar di Kolej Matrikulasi Melaka manakala Azmir sedang belajar di Sunway Universiti College di Kuala Lumpur bersama Irawan. Irawan juga telah berjaya menawan hati Syira untuk bercinta dengannya. Azmir belum menemui gadis pilihan untuk dirinya. Bagi Azmir, kebahgiaan adiknya iaitu Syira adalah kebahgiaan bagi dirinya. Yang dia inginkan adalah kebahgiaan Syira.
Suatu hari, Azmir secara tidak sengaja terlanggar seorang perempuan yang bernama Aen. Azmir telah tertawan dengan Aen. Dia menceritakan hal ini kepada adiknya dan Irawan. Syira sangat gembira apabila dapat tahu bahawa abangnya sedang mabuk cinta.
‘Abang, betul ke abang dah jatuh cinta?’ Azmir hanya mengangguk lalu tersenyum malu. Irawan dan Syira saling berpandangan lalu menyebut ‘Alhamdullillah’ secara serentak. Azmir sedikit hairan dengan kerenah adik dan rakannya ketika itu. ‘Asal dengan korang ni, tersenyum-senyum dari tadi?’ tanya Azmir dengan penuh hairan.
‘Tak de laa saje nak happy-happy,’ balas Syira sambil ketawa.
‘Sebenarnya kita orang happy kalau kau dah dapat jodoh. Sebab nanti laa kita orang kahwin, kan Syira?’ Irawan berkata sambil ketawa.
Beberapa minggu kemudian, akhirnya Azmir dapat memiliki cinta seorang perempuan yang dilanggarnya dulu. Syira dan Irawan sangat gembira kerana Amir telah bertemu dengan jodohnya setelah hancur hatinya kerana telah mencintai adiknya.
‘Alhamdullilah, kiranya sekarang abang dan Kak Ainaa dah couple la kan ?! Bagus la,’ kata Syira kepada abangya. Senyuman malu mula terukir dibibir Azmir setelah mendengar kata-kata yang keluar dari mulut adiknya itu.Azmir, Syira, Irawan dan Ainaa iaitu kekasih kepada Azmir berharap agar hubungan yang terjalin itu akan sentiasa bahagia buat selamanya.
Setelah setahun bercinta, Azmir dan Ainaa telah membuat keputusan bahawa mereka ingin menamatkan kisah percintaan mereka dengan bahtera perkahwinan. Syira dan Irawan gembira dengan keputusan Azmir itu. Setelah mereka berbincang dengan kedua ibu bapa mereka, akhirnya mereka mendapat keputusan yang sesuai. Azmir, Ainaa, Syira dan Irawan akan berkahwin pada tarikh yang sama.Azmir dan Syira bahgia sangat. Akhirnya mereka dapat menyingkirkan perasaan cinta yang pernah dirasai oleh mereka dan akhirnya mereka bahagia bersama orang yang dicintai oleh mereka.
Setelah majlis akad nikah dan acara persandingan selesai, semua ahli keluarga berkumpul. Mereka menikmati saat-saat indah itu. Mereka bersyukur kerana majlis mereka berjalan dengan lancar. Apabila jam telah menunjukkan pukul 2.30 pagi, semua ahli keluarga Syira dan Azmir bersurai hanya Azmir, Ainaa, Irawan dan Syira sahaja yang tinggal di ruang tamu itu. Azmir mengajak Ainaa masuk ke dalam bilik kerana Azmir terlalu letih menayan tetamu yang datang. Sesudah itu, Irawan pula yang mengajak Syira ke bilik dengan malu.
Setelah Syira dan Irawan masuk ke bilik untuk tidur, Syira telah menyatakan sesuatu kepada Irawan. ‘Abang, terima kasih sebab tunggu Syira selama ni. Syira mintak maaf sebab dulu Syira tak Nampak cinta abang. Dulu apa yang Syira tahu hanya abang Azmir. Maafkan Syira.’ Irawan terkaku lalu tersenyum setelah mendengar suara hati isterinya. Dia menjadi serba salah dengan Syira. ‘Syira, dah lama abang maafkan Syira. Abang faham dengan apa yang jadi kat kita dulu. Syira, apa yang abang lakukan ini dinamakan Pernantian Yang Setia. Abang ingin menjadi yang seseorang yang mencintai Syira dengan setia walaupun dengan kadar sederhana.’ Mengalir airmata Syira setelah mendengar ucapan itu daripada suaminya Irawan.
Malam yang suci, bintang yang menemani bulan yang indah itu telah menyaksikan keindahan malam Syira dan Irawan yang telah meluahkan apa yang dirasai oleh mereka selama ini sehingga dapat masuk ke pintu gerbang bahtera perkahwinan. Irawan dan Syira berharap bahtera perkahwinan yang baru sahaja dinaiki itu akan berlayar sehingga akhir hayat mereka.
1 comment :
sila berikan komen..
Post a Comment