Cerita ini mengisahkan seorang remaja yang baik,sopan,jujur dan tulus. Remaja ini diberi nama Batrisya. Batrisya seorang yang mudah bergaul. Meskipun begitu, dia tidak mempunyai ramai rakan. Kadang-kala dia merasakan bahawa dia dipinggirkan oleh rakannya. Batrisya mempunyai ramai rakan yang lebih berumur darinya. Dia sangat rapat dengan senior jika dibandingkan dengan rakan yang sebaya dengannya.
Batrisya mempunyai tiga rakan senior yang begitu dia rapat. Lelaki itu ialah Aiman, Syafiq dan Akmal. Batrisya begitu rapat dengan mereka. Jika ada sesuatu yang terbuku dalam hati Batrisya, mereka orang yang Batrisya akan cari dahulu. Antara Aiman,Syafiq dan Akmal orang paling Batrisya rapat ialah Aiman. Aiman, Syafiq dan Akmal memanggil Batrisya dengan nama Isya.
Pada suatu hari, Isya mempunyai masalah dengan rakannya yang bernama Waniey. Seperti selalu, Isya mencari-cari dimanakah Aiman, Syafiq dan Akmal berada? Siapa yang ditemuinya dulu? orang itulah yang bakal dia luahkan perasaannya itu. Tidak lama kemudian, dia temui Aiman yang berada di kantin. Isya meluahkan segalanya kepada Aiman.
“ Abang, Isya ada masalah sikit la.” kata Isya dengan penuh kekecewaan.
“ Masalah apa Isya? Bunyi macam serius je.”kata Aiman
“ Kawan Isya, Waniey tu, dia salah faham dengan Isya la. Isya dah buntu ni tak tahu nak buat apa sekarang.”
“ Itu je. Ingatkan apa la tadi. Pujuk je la dia. Apa susahnya?”
“ Apa susahnya? Abg cakap. Masalahnya dia tak percayakan Isya lagi. Faham?”
“ Isya, dengar ni. Isya pujuk je dia dan buat dia percayakan Isya lagi. Okey?”
“Okey la. Nanti Isya cuba. Thanks abang.”
Isya terus beredar dari situ untuk memujuk rakannya kembali. Begitulah hubungan mereka yang sering terjadi.
Secara tidak sedar, Isya telah menyimpan perasaan terhadap Aiman yang selalu menolongnya di saat kesusahannya. Namun begitu, jauh di lubuk hatinya, Isya ingin membuang perasaan itu kerana dia tidak mahu sesuatu terjadi pada hubungannya dengan Aiman, begitu juga dengan Syafiq dan Akmal. Lama-kelamaan, Isya tidak dapat menahan perasaannya itu lalu dia meluahkan kepada Syafiq dan juga Akmal. Syafiq dan Akmal menyuruh Isya meluahkan perasaan tersebut kepada Aiman tetapi Isya tahu bahawa itu sesuatu yang mustahil baginya untuk melakukan benda itu. Isya mengambil keputusan untuk memendam perasaan tersebut.
Hubungan Isya,Aiman,Syafiq dan juga Akmal masih seperti biasa. Tidak ada apa-apa yang berlaku di antara mereka berempat. Semasa Isya menunggu ibunya menjemputnya dari sekolah, Akmal selalu menemaninya supaya Isya tidak kesunyian. Akmal begitu baik terhadap Isya. Dia seorang yang sangat prihatin dan selalu mengambil berat tentang Isya. Isya gembira kerana masih ada yang sanggup memperlakukannya sebegitu rupa.
Pada suatu hari, semasa Isya dan Akmal bergurau-senda sambil menunggu ibu Isya datang jemput Isya. Akmal memberitahu sesuatu yang membuat Isya sangat sedih.
“Isya, kalau Akmal cakap sesuatu boleh?”
“Cakaplah. Sejak bila Akmal jadi pemalu ni?”
“Emm. Sebenarnya Akmal akan pindah dari sini. Ibu Akmal mahu Akmal bersekolah di sekolah lain.” kata Akmal dengan penuh kesedihan.
Isya berasa sangat sedih dengan apa yang telah dikatakan oleh Akmal. Tanpa disedari, air mata Isya telah jatuh membasahi pipinya. Akmal memujuk Isya supaya tidak menangis kerana Syafiq pasti akan memarahi Akmal kerana telah membuat Isya menangis. Hal ini kerana Syafiq pantang melihat orang membuat Isya menangis. Syafiq pasti menegur siapa yang membuat Isya menangis.
“ Isya, please, stop crying! Nanti Syafiq nampak macam mana? Awak tahukan perangai Syafiq macam mana orangnya kalau dia tengok awak nangis.”pujuk rayu Akmal terhadap Isya supaya tangisan Isya berhenti. Isya menundukkan wajahnya dan menghapuskan air matanya yang mengalir lalu senyum untuk menutupi rasa kesedihannya.
“ Bila awak akan pindah?”kata Isya dalam kesedihan.
“ Esok.”kata Akmal dengan ringkas.
Isya begitu sedih kerana Akmal akan meninggalkan dirinya. Tiada lagi orang yang akan menemani Isya semasa menunggu ibunya datang menjemput.
“ Congratulations! Mungkin awak akan berjaya kat sana. Akmal, saya nak awak tahu kepergian awak akan membuat saya sunyi. Tiada lagi orang yang boleh buat saya gelak. Tak ada lagi orang yang akan teman saya masa saya stress.”kata Isya dalam kesedihan dan tersenyum supaya tidak kelihatan akan kesedihannya.
Akmal juga merasakan kesedihan yang dirasai oleh Isya. Akmal tidak mampu untuk menolak permintaan ibunya supaya berpindah sekolah.
“ ‘Isya, jangan macam ni. Akmal pergi pun sebab terpaksa. Kalau bukan kerana ibu Akmal, saya tak akan pergi. Percayalah!”
“ It’s okay, Akmal. Saya faham. Hari ni hari terakhir kita,jadi saya nak bagi kata-kata terakhir saya kat awak. Saya harap awak akan berjaya kat sana dan kat sana nanti awak jangan lupa kat saya pulak,tau. You should know that I will always miss you, seriously!”
Akmal tersenyum dan berkata “ Thanks. Akmal pun nak Isya berjaya kat sini. Kalau Isya buat kerja tu betul-betul tau, jangan main-main. Isya belajar betul-betul supaya nanti dapat keputusan yang baik,okey?”
“Okey.” kata Isya lalu tersenyum.
“ Isya, Akmal nak Isya tahu yang Akmal pun akan sentiasa rindu kat Isya nanti.”
Isya hanya tersenyum dan tidak berkata apa-apa. Tidak lama kemudian ibu Isya datang menjemput Isya.
“ Akmal,Isya pergi dulu. Isya doakan yang terbaik untuk Akmal. I will miss you.”
“ I will miss you too, my sis.”kata Akmal sambil tersenyum memandang Isya.
Isya membalas senyum Akmal lalu memasuki kereta ibunya. Isya dan Akmal hanya senyum walaupun dalam hati mereka sangat sakit. Mereka tidak mampu untuk meluahkan perasaan yang dirasakan oleh mereka pada saat itu.
Pada keesokkannya, Isya pergi ke sekolah seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Dalam hati Isya hanya Allah yang mengetahui betapa sakitnya hati Isya. Wajah Isya pada hari itu sangat berbeza dengan hari sebelumnya.
Walaupun Akmal sudah lama berpindah tapi Isya tetap tidak dapat melupakan Akmal. Pada suatu hari,wajah Isya begitu pucat dan matanya bengkak. Ini terjadi disebabkab oleh tangisan Isya yang keluar seharian semalam. Isya juga tidak makan seharian kerana terlalu memikirkan tentang perpisahannya dan Akmal.
Semasa Isya ke kantin untuk berjumpa dengan Syafiq dan juga Aiman, Isya kelihatan seperti orang yang tidak bermaya. “Eh, Isya kenapa ni?” tanya Aiman dalam keadaan kebinggungan.
“ Tak ada apa-apa la. Kenapa pulak?” tanya Isya kembali.
“ Muka awak nampak pucat.”jawab Syafiq.
“ I’m fine. Don’t worry about me. Okay?”
“ Fine.”jawab Syafiq dan Aiman secara serentak. “ Awak nak makan, tak ni?” tanya Syafiq terhadap Isya.
“ Tak.”jawab Isya dengan pantas.
Syafiq dan Aiman mengetahui perkara yang sebenarnya tapi mereka hanya diamkan diri supaya Isya tidak terlalu sedih. Isya tekun membuat kerja Matematiknya yang ditugaskan oleh gurunya. Pada masa yang sama Isya berfikir sendiri. ‘ Akmal telah pergi meninggalkan aku, kesunyian pasti menimpa aku. Tambahan pula, abang Syafiq dan abang Aiman pasti sibuk menguruskan pelajaran mereka kerana mereka akan menduduki SPM pada tahun ni. Sanggupkah aku hadapi semua ni? Sekarang aku rasa rindu sangat kat Akmal.’
Tiba-tiba kata-kata daripada Syafiq telah membangunkan Isya daripada lamunannya.
“Dik, okey tak?”tanya Syafiq.
“ Okey.”jawab Isya.
Aiman bersuara memberi semangat terhadap Isya. “ Isya, saya tahu awak fikirkan Akmal. You miss him,right?” Isya hanya mengangguk. “Awak tak payahla fikir sangat pasal Akmal tu, saya dan Syafiq kan ada.”tambah Aiman lagi. “ Saya tahu. Dah la saya tak nak cakap pasal ni lagi. Eh, ya Allah. Wahai abang-abangku kenapa tak cakap dah pukul 2? Ya Allah. Dah la jom balik,nanti mama sampai habisla saya kena marah. Dah jom.”kata Isya. Aiman dan Syafiq tersenyum melihat Isya sudah ceria sedikit. Harapan mereka ialah melihat Isya menjadi seorang yang ceria seperti dulu.
Di akhir tahun seperti ini sudah tentu Syafiq dan Aiman agak sibuk menguruskan pelajaran mereka. Tapi pada masa yang sama Syafiq dan Aiman tidak melupakan Isya. Hubungan Isya, Aiman dan Syafiq masih sama seperti dulu. Tapi di saat-saat akhir sebegini, Isya selalu fikirkan tentang hubungannya dengan Aiman dan Syafiq. ‘Ya Allah, adakah aku akan berpisah dengan abang Syafiq dan abang Aiman setelah mereka tamat bersekolah nanti?’ Itulah yang selalu bermain difikiran Isya. Kadang-kadang Isya menjadi sedih kerana dia telahpun kehilangan Akmal. Dia tidak mahu kehilangan Aiman dan Syafiq pula.
Suatu hari, semasa Isya mengulang kaji di kantin sekolah, sesuatu yang tidak diduga telah berlaku. Semasa itu, Isya keseorangan kerana Aiman dan Syafiq mempunyai kelas tambahan. Isya terpaksa pulang lewat kerana ibunya mempunyai kerja yang harus diselesaikan dan tidak dapat mengambil Isya. Terdapat seorang lelaki yang memerhatikan Isya sejak dia membuat ulang kaji. Isya perasan akan perkara itu tetapi tidak dihiraukannya.
Tiba-tiba, lelaki tersebut menegur Isya. Isya begitu terkejut rupa-rupanya lelaki itu ialah Akmal. Isya sangat gembira sangat kerana dapat berjumpa dengan Akmal,orang yang dirinduinya selama ini. Akmal tersenyum lalu bertanya,” Hai, sihat?” Isya senyum dan jawab,” Saya sihat. Duduk laa.”perlawaan Isya untuk Akmal agar duduk.
Kegembiraan mereka pada hari itu sukar untuk digambarkan. Mereka begitu gembira setelah sekian lama mereka berpisah.
“Akmal, awak tak nak kembali kat sekolah ni ke?” tanya Isya kepada Akmal dengan nada yang perlahan.
“Why? You miss everything about me isn’t it?”
“Yeah. I miss every moment with you. Entah-entah awak tu,yang tak rindukan saya dan kawan-kawan kat sini langsung. Ye la, awak..” tiba-tiba Akmal mencelah, “ Isya,listen here.I miss you too. I miss all my friends here, especially you,Aiman, and Syafiq.”
Mereka berdua meneruskan perbualan mereka dengan perasaan gembira. Bak kata pepatah, melepaskan rindu yang terpendam di dada. Sedang mereka rancak mereka berbual, Akmal menanyakan sesuatu kepada Isya, “Isya, sampai bila awak nak pendam perasaan awak kat Aiman? Cepat atau lambat,dia akan tahu jugak.I think that you should tell him the truth about your feeling.” Isya terkejut kerana Akmal bertanya seperti itu.
Belum sempat Isya menjawab apa-apa, Aiman dan Syafiq tiba di kantin. “ Eh,Akmal! Kau buat apa kat sini?”tanya Syafiq dalam keadaan yang agak terkejut. “ Saje aku singgah sini sambil tunggu adik aku yang form 1 tu. Asal? Aku tak leh datang sini lagi?”tanya Akmal kembali. “ Aku gurau je la.”jawab Syafiq. Aiman dan Syafiq terus mengambil tempat duduk masing-masing iaitu di hadapan Isya.
Isya diam tidak berkata apa-apa. Sedikit pun dia tidak mencelah perbualan antara Syafiq,Aiman dan Akmal. Ini kerana dia memikirkan tentang kata-kata yang dikeluarkan oleh Akmal itu. Perbuatan Isya itu membuatkan Syafiq rasa kebinggungan.
“ Isya, okey tak ni?”tanya Syafiq
“Okey.”jawab Isya dengan ringkas.
“ Asal diam je dari tadi? Selalunya Isya suka bercakap. Bak kata seperti burung kakak tua,”kata Syafiq untuk menceriakan hati Isya. Isya hanya tersenyum dengan kata-kata Syafiq itu. Akmal dapat rasa bahawa kata-katanya tadi membuat fikiran Isya terbeban. Syafiq dan Aiman meminta diri untuk ke masjid sekolah kerana mereka belum lagi menunaikan solat Zohor. Akmal dan Isya mengangguk sahaja.
Setelah Syafiq dan Aiman beredar, Isya terus bersuara. “Cinta tidak seharusnya dimiliki,kan? Akmal,Isya rasa lebih baik untuk Isya pendam je benda ni. Lagipun sukar untuk Isya luahkan perasaan ni,Akmal. Isya pun tak nak hanya sebab perasaan Isya, hubungan antara Isya dan Aiman berubah. Isya . . .” belum selesai percakapan Isya, Akmal sudah membuka mulutnya. “Isya sanggup tengok dia dengan perempuan lain?”tanya Akmal. “ Isya redha Akmal.”jawab Isya dengan hati yang luka. “Isya cuba awak tanya diri awak betul-betul. Tak mungkin perasaan sakit itu tak wujud dalam diri awak di saat Aiman dengan perempuan lain. Perasaan sakit itu tetap ada Isya. Isya, awak kena tahu itu bukan redha itu pasrah. Redha itu ikhlas pasrah tu menyerah. Dalam keadaan awak macam ni, Akmal rasa perasaan pasrah yang wujud dalam hati Isya bukan redha.”tegas Akmal. Isya menundukkan wajahnya lalu air matanya mengalir tanpa disedari.
Akmal memberikan tisu kepada Isya agar Isya menghapuskan air matanya yang mengalir sebelum Syafiq dan Aiman tiba. Tidak lama kemudian, Aiman dan Syafiq tiba di kantin. Isya dan Akmal menyambut ketibaan Syafiq dan juga Aiman dengan senyuman. Sebaik sahaja Aiman dan Syafiq duduk di kerusi yang berada di hadapan Isya dan Akmal, Isya mengemaskan semua barang-barangnya ke dalam beg.
“ Eh, Isya dah nak balik ke?”tanya Aiman dalam kebinggungan.
“ Ye! Saya dah nak balik lagipun janji dengan mama pukul 3.30.”jawab Isya.
“ Okey la. Kita jumpa esok.”Syafiq mencelah.
Mereka hanya saling tersenyum. Isya meminta diri untuk pulang. Syafiq dan Aiman mengangguk manakala Akmal meminta diri untuk menghantar Isya ke hadapan. Syafiq dan Aiman tersenyum terhadap Akmal. Tiba-tiba Akmal bersuara,“Isya sampai bila? “Sampai bila-bila.”balas Isya. “Isya tak nak ke buka hati Isya buat orang lain?”tanya Akmal kembali. “Tak.”balas Isya dengan begitu ringkas. Isya meminta diri dengan Akmal untuk pulang.
Setelah Isya sampai di rumah, dia selalu memikirkan kata-kata Akmal. Isya berfikir sendiri, ‘ mungkin betul kata-kata Akmal tadi, aku telah pasrah dengan semua ni bukanlah redha yang selalu aku perkatakan itu. Akmal, saya rasa awak betul dan saya salah. Tapi saya rasa keputusan saya dah muktamad. Saya hanya akan pendam perasaan ini. Walaupun berat bagi saya. Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk lupakan dia,’ Isya telah bertekad dengan perasaannya.
Selang beberapa minggu, peperiksaan SPM telah berlangsung. Isya selalu pulang pukul 5 petang hanya kerana untuk menemani Aiman dan juga Syafiq belajar untuk menghadapi peperiksaan. Pada hari terakhir persekolahan Isya meminta maaf dengan Aiman dan Syafiq jika ada salah dan silapnya kerana Aiman dan Syafiq bakal keluar sekolah setelah tamatnya peperiksaan SPM nanti.
“ Abang,Isya minta maaf tau kalau ada salah silap Isya. Isya harap abang tak simpan dalam hati semua benda tu. Nanti abang keluar dari sekolah ni Isya akan selalu doakan kejayaan abang tak kira di mana saja abang berada.”
“ Isya, kita orang dah lama maafkan Isya lagipun kita orang tak simpan dalam hati pun. Betul tak, Aiman?,” balas Syafiq.
“ Hmm.. Betul-betul,” balas Aiman kembali.
“ Thanks abang sebab jadi kawan baik Isya. Selama abang semua kat sini Isya tak pernah pun rasa sedih. Tapi mungkin perpisahan yang kita akan hadapi ni akan membuatkan Isya sedih sebagaimana Isya sedih semasa kepergian Akmal dulu. Isya tak nak hubungan kita putus tapi kalau terpaksa nak buat macam mana. Isya terpaksa laluinya juga. Bak kata pepatah ‘setiap pertemuan pasti akan berpisah, betul tak?”balas Isya.
“ Ye dik. Benda tu memang betul tu. Benda ni memang berat tapi kita terpaksa ringankan jugak,” kata Syafiq.
“ Semuanya bergantung kepada takdir. Walaupun kita orang tak ada kat sini kita masih boleh berhubung, betul tak? Kita tak perlu fikir tentang perpisahan kita sebab semua telah diatur oleh takdir. Takdir yang menentukan. Setiap apa yang berlaku tu pasti ada hikmahnya. Okey?” kata Aiman.
Secara serentak, Syafiq dan Isya berkata, “ Okey,” sambil tersenyum. Isya meminta diri untuk pulang. Aiman dan Syafiq mengangguknya dan ingin menghantar Isya ke hadapan tapi Isya menolaknya. Isya tidak mahu terlalu merasakan kesedihan itu sebab itulah dia meolak perlawaan daripada Syafiq dan Aiman untuk menghantarnya.
Sebaik sahaja Isya melangkah keluar dari pintu pagar sekolah dia merasakan sesuatu yang amat menyakitkan dan amat menyedihkan untuk hatinya. ‘ Adakah ini kesudahan yang akan aku lalui setelah berhubungan lama dengan mereka? Adakah ini takdir yang dikatakan oleh abang Aiman tadi? Ya Allah jika ini takdir yang Engkau takdirkan buat diriku, berilah aku kekuatan untuk hadapi semua ni.’
Isya menguatkan dirinya untuk menerima takdir yang sebenar bahawa dia telah berpisah dengan Aiman, Syafiq dan juga Akmal. Dia akan cuba untuk menerima takdir yang telah ditakdirkan untuknya. Tiada lagi tempat untuk Isya meluahkan perasaannya, masalahnya di sekolah. Jika dulu dia ada Syafiq,Aiman dan Akmal tapi sekarang dia keseorangan.
Isya bertekad untuk belajar hidup berdikari tanpa Aiman,Syafiq dan Akmal. Lagipun Aiman pernah berkata padanya, “jika suatu hari nanti kita ditakdirkan berpisah, awak harus belajar berdikari. Promise me, please.” Itulah yang menjadikan Isya bertekad untuk berdikari. Cinta Isya terhadap Aiman masih sama dan takkan berubah. Kasih sayang Isya untuk Akmal dan Syafiq juga tidak akan berubah.
Isya akan selalu mengingati segala kata-kata terakhir daripada Aiman, Syafiq begitu juga daripada Akmal. Kata terakhir mereka ialah ‘Isya, jika perpisahan berlaku antara kita, kuatkan semangat awak. Ingat belajar betul-betul. Kami tidak dapat lagi menemani Isya jadi Isya harus pandai untuk berdikari. Yakinlah bahawa perpisahan antara kita semua hanya sementara. Ingat tu.’ Perkara itu yang membuatkan Isya kuat dan tabah menghadapi semuanya. Isya juga telah bertekad untuk tidak membuka pintu hatinya untuk orang lain. Ini kerana Isya terlalu menyayangi Aiman.
5 tahun kemudian, umur Isya telah meningkat. Sekarang umurnya telah 19 tahun. Walaupun sudah lima tahun berpisah dengan Aiman, Akmal dan Syafiq tetapi Isya tetap tidak dapat melupakan kisah persahabatan mereka. Sekarang Isya telah menuntut di Sunway University College, Kuala Lumpur dan mengambil bidang peguam. Di Kuala Lumpur, Isya tinggal bersama saudaranya yang tinggal di sana. Kebetulan saudaranya yang bernama Mimi turut menuntut di Sunway University College dan mengambil bidang peguam sama sepertinya.
Suatu hari, Isya dan saudaranya,Mimi keluar berjalan-jalan di Berjaya Time Square untuk menghilangkan tekanan mereka. Mereka pergi bersama dengan saudaranya yang lain iaitu dua orang kakak kepada Mimi. Sebelum mereka membeli-belah, mereka pergi ke food court terlebih dahulu. Semasa mereka berada di food court, sesuatu telah terjadi tanpa diduga.
Isya sangat terkejut dengan apa yang telah terjadi itu. Kejadian ini amat membuatkan Isya terkejut tetapi pada masa yang sama, Isya rasa amat gembira. Di Food Court Berjaya Time Square itu, Isya telah bertemu kembali dengan orang yang sangat dirinduinya iaitu Aiman, Syafiq dan juga Akmal. Mereka bertemu kembali tanpa disangka. Keadaan mereka ketika itu sangat gembira.
“ Hai Isya. Lama tak jumpa. Isya sihat?” kata Akmal dengan penuh kegembiraan.
“ Isya sihat je. Awak sihat? Abang Aiman dan abang Syafiq sihat?” kata Isya sambil tersenyum.
“ Kami semua sihat. Isya macam mana sekarang? Belajar okey?” kata Syafiq.
“ Isya okey je. Belajar pun okey. Sekarang ni Isya belajar di Sunway University College dan ambil peguam,”jawab Isya kembali.
“ That’s great. Isya memang layak sangat ambil peguam. Sebab Isya kan burung kakak tu,”kata Aiman sambil tersenyum.
“ Eh, suka hati dia je cakap macam tu,”kata Isya.
Syafiq dan Akmal tersenyum. Tiba-tiba Akmal bersuara, “ Eh, sekejap! Isya cakap Sunway University kan tadi?” Isya hanya mengangguk persoalan Akmal itu. “Sebenarnya, kami semua pun belajar kat situ jugak tapi kenapa tak pernah jumpa ekk?”kata Akmal kembali. “ Ye la. Kami pun belajar kat sana tapi tak pernah pulak jumpa,” Aiman mencalah. Syafiq dan Isya tersenyum seperti ada sesuatu yang mereka sembunyikan dalam hati. “ Memang betul apa yang abang semua cakap lima tahun yang lepas iaitu perpisahan yang berlaku antara kita hanya untuk sementara,”kata Isya lalu tersenyum. “ Abang semua ambil bidang apa?” tambah Isya lagi. “ Saya dan Syafiq ambil bidang fotografi, si Aiman ni ambil psikologi,”jawab Akmal. Isya hanya mengangguk. Mereka berbual rancak setelah sekian lama tidak berjumpa. Isya memperkenalkan Akmal,Syafiq dan Aiman kepada saudaranya.
Bermula pada hari itu, Isya tahu apa yang dimaksudkan dengan persahabatan yang sebenar. Bagi Isya, persahabatan yang diukir olehnya bersama Aiman, Syafiq dan Akmal itu adalah persahabatan yang sebenar dan sejati. Ini kerana baginya persahabatan yang sebenar dan sejati itu akan selalu di samping rakan tidak mengira senang atau susah dan persahabatan yang sejati itu tidak akan pernah berpisah. Isya berharap agar pertemuannya dengan Aiman, Syafiq dan Akmal kali ini tidak lagi berpisah kerana tidak sanggup lagi untuknya menghadapi detik perpisahan itu. Tetapi jika dia terpaksa untuk menghadapi perpisahan itu lagi maka dia akan menerima sebaik-baiknya.
Kini Isya telah membuka pintu hatinya untuk orang lain. Lagipun Isya tahu bahawa Aiman bukan miliknya. Tambahan pula, Aiman telah bertunang dengan orang yang dicintainya. Syafiq pula sedang bercinta dengan seorang gadis yang telah menjadi pilihan hatinya. Hati Isya telah membuat pilihan bahawa Akmal ialah pilihan tepat untuknya. Sekarang takdir telah menunjukkan bahawa kisah kehidupan Isya berakhir dengan kegembiraan bersama Aiman, Syafiq dan juga Akmal yang telah menjadi kekasih hatinya. Isya mula memahami perkataan sabar yang selalu Aiman,Syafiq dan Akmal perkatakan. Ini kerana sabar itu ajaib. Allah akan selalu menolong orang yang sabar.
No comments :
Post a Comment