tazkirah

Thursday, 17 January 2013

MAJLIS PEMIMPIN PELAJAR / 17 JANUARY 2013 ~ KHAMIS

Bismillahiramanirahim..  
Assalamualaikum..

Hari ini aku telah kehilangan sesuatu yang pernah menjadi hak aku, milik aku.. Ianya telah menjadi milik aku selama dua tahun lebih..tetapi hari ini aku sedar, aku  tak layak memilikinya.. Aku harus lepaskannya..

Ya Allah, aku harap apa yang aku lakukan ini benar..
Arrrrgghhh....
Hari ini, aku telah meletakkan jawatan aku sebagai seorang ahli Badan Majlis Pemimpin Pelajar (MPP) 2013.. Aku tidak sanggup lagi untuk menggalas jawatan itu.. Aku tahu ia dapat membantu aku dalam penilaian markah kokurikulum aku..tetapi memegang jawatan yang berat bagi aku bukan sesuatu yang mudah. Aku telah cuba menggalasnya dengan lebih baik pada tahun 2013 tetapi aku dapat rasakan semakin hari, ia semakin berat bagi aku..


Bebanan ini menjadi semakin berat apabila, aku lakukan tanpa kerelaan hati aku.. Sejak dua tahun dulu, aku sanggup menggalasnya hanyalah demi menjaga hati dan perasaan ibu aku tetapi apabila ia telah terlalu berat untuk aku.. Aku terpaksa berundur.. 

Tanggungjawab sebagai seorang pemimpin memang senang jika dilihat secara luaran..tetapi pernah tak kita cuba mendalami tanggungjawab sebagai seorang pemimpin betul-betul? tak kan.. Apabila kita menjawat jawatan sebagai pemimpin, perkara pertama yang mesti ada dalam jiwa kita adalah rasa/sifat bertanggungjawab.. dan aku ? Aku tak yakin setelah dua tahun aku menjadi pemimpin, aku tak yakin bahawa aku boleh menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab..


Pemimpin.. Tak layak untuk aku..
Walaupun semasa aku memberitahu cikgu bahawa aku ingin meletakkan jawatan ini, aku dimarahi depan orang ramai..di hadapan umum.. hati aku berat untuk menjadi seorang pemimpin. Cukuplah dengan dugaan dan cabaran yang pernah aku lalui dalam bidang ini.. At least, aku dapat pengalaman bagaimana rasa memikul bebanan pengawas dan bagaimana rasanya dimarahi depan umum..

Layak kah aku.. ??
Aku serabut dengan semua benda..jadi aku rasa PEMIMPIN bukan hak aku.. Aku tak boleh bertugas dengan baik.. Macam mana nak bertugas dengan baik kalau setiap kali betugas, fikiran aku melayang? Dengan cara itu boleh ke aku jadi seorang pemimpin? Aku rasa jawapan nya TAK..

Aku sentiasa teringat pada kawan lama aku yang pernah bertugas bersama-sama dengan aku.. Tugas tahun 2013 adalah tugas yang sama aku dapat pada tahun 2012.. Dulu, aku selalu bertugas dengan kawan baik aku.. sekarang? Dia dah takde lagi.. Dia dah pergi ke sekolah lain.. Aku agak rindukan dia.. Arrggghhh.. malunya.. hihi.

Aku yakin dengan keputusan aku..
Mulai sekarang, aku bukan lagi ahli MAJLIS PEMIMPIN PELAJAR (MPP) 2013..
Aku tahu segala risikonya.. aku harus hadapinya..
Aku tahu kenangan / memori / suka dan duka ahli MPP sepanjang tahun 2011, 2012 & 01/01/2013 sehinggalah 17/01/2013 ia akan tetap bersemadi di dalam hati aku..
Aku takkan pernah melupai segalanya tentang badan MPP..
Takkan pernah..











 
I will miss you, MPP..
I will miss you, all my friends in MPP ..
I hope that you're not forget me..
I love you..

Ikhlas daripada Nur Iela Auniey (that's not my true name)...

 

Friday, 4 January 2013

CREATIVITY FOR LIFE

Exploring creativy in our everydaylives !
Features articles for personal and workplace creativity..
And a toolbox of ideas and techniques 4 applying more creativity into your life..
While living your creative drama..

Saturday, 22 December 2012

Kerinduan yang Tidak Dapat Dihalang

Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum.

Menyayangi seorang yang jauh dari kita
Tak sama dengan menyayangi orang yang dekat dengan kita.
Itu pendapatan aku

Merindui seseorang yang pasti bertemu dengan kita
Sangat berbeza dengan merindui orang yang tidak pasti bersua lagi.
Itu perkara yang amat sakit. 

Aku  menyayangi dan merindui seseorang yang jauh
Dari aku..
Aku cuba menahan tapi perasaan itu terlalu
Menguasai diri aku.
Sehinggakan aku tidak dapat menyingkirkan perasaan itu..

Hanya satu yang dapat aku lakukan..
Hanyalah berdoa kepada Allah SWT
Supaya orang yang aku maksudkan itu..
Sentiasa sihat dan bahagia..

Amin..

Monday, 17 December 2012

Something About Love

I need three things in my life,
First, I need the sun for the day..
Second, the moon for the night..
And the last one is you..
I need you for the rest of my life..

Did you know something ?
When you see the sunshine,
That is me smile at you..
When you hear the bird chipping,
That is me singing softly at your ear..
If the coulds should release a few rain drops,
Those are my tears because I miss you..
And when you feel the wind blow,
That is my sweet whispering I LOVE YOU..

Did you know something ?
I always miss you..
I always remember all of of memory..
And I always love you..
I think I need you to be someone special in my life..
But if you can't do that..
I'll understand..
Please remember that I always..
Love and miss you so much..

Wednesday, 14 November 2012

Ketulusan Cinta

Di dalam kamar sepi dan sunyi yang dihiasi dengan pelbagai barangan berwarna ungu itu telah menemani malam Amna Nur Zara Qistina yang kosong tiada bermakna. Amna seorang pelajar di Sunway University College, Kuala Lumpur yang mengambil bidang peguam. Amna mempunyai bakat yang tersembunyi iaitu Amna mempunyai minat untuk menjadi seorang penulis. Dia selalu mengarang untuk menghilangkan rasa bosan dalam hari – harinya. Sebelum Amna melelapkan matanya, sesuatu kisah hitam telah terbayang kembali difikirannya.
“ Hai sayang!” sapa Muhd Adam Irawan Hakim kepada Amna Nur Zara Qistina semasa Amna berada di kantin sekolah. Adam seorang lelaki yang amat dicintai oleh Amna. Amna tidak pernah jatuh cinta sebelum dia mencintai Adam. Adam adalah lelaki yang pertama dicintai oleh Amna dengan sepenuh hati. “Hai, kenapa lambat?” tanya Amna kepada kekasihnya itu. “Sorry, sayang!” kata Adam sambil tersenyum. Adam dan Amna berjalan bersama menuju ke perpustakaan.
Semasa berada di perpustakaan, mereka  berdua saling berpandangan dan membisukan dirinya. Walaupun begitu, mereka tetap mengulang kaji pelajaran mereka kerana mereka akan menghadapi peperiksaan SPM dalam masa beberapa bulan lagi. Jam telah menunjukkan pukul 3.45 petang, jadi telah tiba masanya untuk mereka pulang. “Sayang, jom balik!” kata Amna kepada Adam. Adam tanpa mengeluarkan sebagai perkataan hanya mengemaskan barangnya untuk pulang ke rumah.
Sesampai saja di rumah, Adam mandi dan makan sedikit makanan yang telah dimasak oleh ibunya. Selepas makan, Adam masuk ke dalam biliknya untuk mengulang kaji pelajaran. Semasa ingin mengulang kaji pelajaran, Adam batuk banyak kali sehingga mengeluarkan darah. Setelah dia melihat darah yang telah membasahi ditangannya, dia telah mengingatkan dia kepada sesuatu. Hal ini telah membuatkan Adam tidak dapat tidur malam.

“Hai, jauh termenung. Kenapa ni?” tanya Amna kepada Adam. Adam hanya menggelengkan kepalanya bagi menjawab soalan kekasihnya. Amna pelik dengan sikap Adam. Sejak Adam batuk berdarah pada hari lepas, Adam tidak seperti dulu lagi. Dia jarang bercakap. Dia selalu diam dan selalu mengurungkan diri dalam bilik. Kalau Amna bertanya kepada dia kenapa dia begitu, dia hanya jawab bahawa dia ingin tumpu perhatian kepada pelajaran. Amna sendiri tidak faham apa yang sebenarnya yang Adam fikirkan.
Peperiksaan SPM semakin dekat. Dalam masa 3 minggu lagi peperiksaan SPM akan tiba. Hubungan Amna dan Adam semakin hari semakin renggang. Amna pernah bertanya kepada ibu Adam kenapa Adam menjadi sebegitu. Ibu Adam beritahu Amna bahawa dia tidak boleh beritahu kepada Amna kerana dia telah berjanji dengan Adam bahawa dia tidak akan memberitahu sesiapapun. Semasa menghadapi ujian SPM, Amna dan Adam tidak pernah bercakap. Amna sangat risaukan Adam. Amna ingin sekali bercakap dengan Adam.
Tamat sahaja ujian SPM, Adam meneguri Amna. Amna sangat gembira setelah mendapat teguran daripada Adam. Keresahan tentang Adam berkurang setelah Adam menegur dirinya. “Hai, Amna! Boleh kita cakap jap?” tanya Adam. Amna hanya mengangguk. Tidak sempat Amna berbicara Adam telah memulakan pembicaraannya. “Amna, maafkan saya sebab mengelak daripada awak selama ni. Saya ingin mengucapkan semoga awak berjaya dalam SPM dan berjaya sehingga awak berjaya mencapai cita-cita awak sebagai seorang peguam.” Belum sempat Amna membalas kata-kata daripada Adam kerana dia terus berlalu selepas mengatakan kata-kata itu.
Amna langsung tidak faham dengan apa yang diperkatakan oleh Adam. Kata-kata Adam seolah-olah dia akan pergi jauh dari Amna. Amna cuba menelefon Adam tapi panggilannya langsung tidak dijawab oleh Adam. Dia cuba pula untuk mesej kepada Adam tetapi Adam tetap tidak balas mesejnya itu. Amna semakin binggung dengan  apa yang terjadi antara dia dan Adam.

Dengan apa yang telah terjadi, Amna fikir lebih baik dia pergi ke rumah Adam untuk menanyakan hal yang sebenar. Amna memakai sepasang baju kurung berwarna putih untuk pergi ke rumah Adam. Sebelum Amna pergi ke rumah Adam, tiba-tiba ada seorang lelaki iaitu Muhd Afiq Azmir Asyraf, kawan rapat kepada Adam  tiba di rumah Amna. Afiq datang ke rumah Amna dengan berlari. “Asal dengan kau ni Afiq? Datang rumah aku lari-lari ni asal?” tanya Amna kepada Afiq. “Wei, aku nak bagi tau kau sesuatu ni. Tapi aku harap kau tak terkejut.” jawab Afiq. “Sebenarnya, Adam dah meninggal pagi tadi,”sambung Afiq. Amna sangat terkejut dengan apa yang diperkatakan oleh Afiq. Dia bagai tidak percaya. Ibu dan ayah Amna membawa Amna dan Afiq pergi ke rumah Adam.
Tibanya di rumah Adam, airmata Amna tidak dapat berhenti mengalir dipipinya. Baru satu hari ujian SPM berlalu, bagaikan tidak percaya bahawa Adam sudah kembali ke rahmatullah. Kini, Amna mengerti apa yang diperkatakan oleh Adam semalam. Selepas acara pengkebumian selesai, ada suara yang berbicara kepada Amna semasa dia ingin pulang, “Amna, Adam tinggalkan surat ni sebelum dia meninggal,” kata ibu Adam kepada Amna. Amna mengambil surat yang diberi oleh ibu Adam dan berkata, “Terima kasih, mak cik,” Amna terus pulang selepas menerima surat itu.
Amna masih sedih dengan kepergiaan Adam. Walaupun sudah tiga hari Adam pergi meninggalkan dirinya, dia masih belum membuka surat yang diberi oleh ibu Adam. Amna rasa sudah tiba untuk dirinya membaca surat yang ditulis oleh arwah Adam. Semasa Amna memegang surat itu, airmatanya mengalir dipipi dengan laju. Ibu Amna secara tidak sengaja melihat Amna menangis memegang surat itu. Ibu Amna member semangat kepada Amna untuk membaca surat itu. Amna mula membuka surat itu dan membacanya bersama-sama ibunya.

Assalamulaikum Amna, ratu hatiku.
Sayang, kalau awak terima surat ni bermakna saya sudah pergi dari hidup awak buat selamanya. Sayang,saya minta maaf jika kepergian saya ini amat menyakitkan bagi awak. Saya mintak maaf Amna, saya terpaksa menjauhkan diri saya daripada awak sebelum ni. Ini semua sebab saya tak mahu awak sedih. Amna, saya mencintai awak dengan penuh rasa hati saya. Saya tak pernah membahagikan rasa cinta ini kepada orang lain. Percayalah.
Amna, saya mintak maaf sebab saya telah merahsiakan sesuatu daripada awak sepanjang tiga tahun kita bercinta. Amna, saya lakukan ini semua kerana saya tak nak awak terluka. Sebenarnya, saya menghidap penyakit barah hati. Dah lama saya menghidap penyakit ni. Tapi saya terpaksa rahsiakan benda ni. Maafkan saya.
Amna, saya dah tiada lagi di dunia ni. Jadi saya harap awak boleh lupakan saya. Amna, mungkin jodoh kita tak panjang.  Amna, saya tak nak melihat awak sedih. Saya nak awak bukak hati awak kepada orang yang betul-betul mencintai awak dengan sepenuh hati dia. Sayang, awak kena ingat jodoh pertemuan, ajal dan maut itu semuanya di tangan Allah SWT. Lupakanlah saya dan berilah cinta awak kepada orang yang lebih layak. Amna, berilah kesetiaan dan cinta awak itu kepada orang yang cintakan awak dengan sepenuh hati awak sebagaimana awak pernah berikan semua itu kepada saya.
Amna, walaupun saya tiada lagi di dunia yang indah ni tapi saya tetap sayang dan cintakan awak. Awak ingat lagikan masa kita mula-mula kenal dulu. Kita selalu gaduh. Pantang jumpa mesti gaduh. Tapi akhirnya kita bercinta. Sayang, saya mintak maaf sebab lukakan hati awak.
Amna yang ku sayang dan yang ku cinta,
Saya, Muhd Adam Irawan Hakim menyusun sepuluh jari saya meminta maaf kepada awak jika saya pernah menyakitkan hati awak. Amna, jika awak sayangkan saya tolong tunaikan permintaan saya ni. Yang pertama, tolong teruskan hidup awak dengan penuh semangat supaya awak dapat menjadi seorang peguam sebagaimana yang awak impikan.  Yang kedua, tolong bukak pintu hati awak kepada orang lain. Saya yakin, masih ada orang dalam dunia ni yang mencintai awak sebagaimana saya mencintai awak. Percayalah, Amna.  
Amna tunaikanlah permintaan saya itu. Saya ingin awak bahagia dengan orang lain. Amna Nur Zara Qistina buat kali terakhir saya Muhd Adam Irawan Hakim mengucapkan bahawa saya mencintai awak dengan sepenuh hati saya dan tiada orang yang dapat mengantikan awak dalam hati saya.
I LOVE YOU SO MUCH.. <3
Salam Sayang,
Adam 

Amna menangis tanpa henti setelah membaca surat itu. Ibu Amna memberi semangat kepada Amna. Amna sangat menyayangi Adam.

Telefon yang berbunyi telah menyedarkan Amna dari lamunannya. Dia menyambut panggilan itu dengan penuh mesra. Tetapi yang sebenarnya, Amna sedang menangisi kisah silamnya. “Okey, kita jumpa esok.” Amna kembali mengenang kisah silamnya. Dia amat sedih.
“Hai. Lama tunggu?” seorang lelaki telah menyapa Amna. Amna tersenyum dan menggelengkan kepalanya bagi menjawab pertanyaan lelaki itu. Lelaki itu adalah kekasih Amna yang bernama Muhd Adam Haiqal. Orang ramai memanggilnya Adam tetapi Amna lebih gemar memanggilnya Haiqal kerana dia tidak ingin mengingati kisah silam. Amna dan Haiqal telah bercinta selama setahun. Kini, Amna telah menunaikan kedua-dua permintaan Adam.

‘Adam, saya telah menunaikan kedua-dua permintaan awak. Kini saya bahagia dengan dia. Adam, awak perlu tahu bahawa awak tetap berada dalam hati saya walaupun saya telah mempunyai Haiqal. Adam, saya juga sedang belajar cara-cara menjadi peguam yang baik. Adam, saya amat merindui awak. Kalau masa boleh diputar pasti saya akan memutarkannya agar saya dapat bersama awak kembali,’ Amna bermonolog sendiri.
Amna telah menunaikan permintaan bekas kekasihnya. Dia sangat bahagia. Dia berharap agar Adam selalu memerhatikan dirinya agar dia tidak kesepian. 

Penantian Yang Setia

Di kamar tidur, Syira Batrisya iaitu seorang pelajar tingkatan lima  meluahkan perasaannya dengan menulis di komputer ribanya. Masalah tidak pernah berhenti menghampiri diri Syira. Dia selalu tabah menghadapi masalahnya. Tambahan pula, terdapat seorang pelajar lelaki tingkatan enam atas iaitu pelajar pra-universiti selalu memberi semangat kepadanya. Lelaki itu bernama Azmir Asyraf atau dikenali sebagi Azmir. Syira memanggilnya dengan panggilan abang. Manakala, Azmir memanggilnya dengan panggilan adik. Sedang Syira menulis diarinya di komputer ribanya, tiba-tiba telefonnya berbunyi yang menunjukkan bahawa dia mendapat satu mesej.
‘ salam, adik esok jadi tak study ?’ Syira membuka  mesejnya ternyata Azmir yang menghantar mesej kepadanya. ‘salam, jadi laa.okey, jumpa esok !’ Syira membalas mesej Azmir lalu menutup komputer ribanya. 

Di pagi yang indah, Syira melihat kebesaran Allah dengan melihat awan yang terbentang luas di balkoni bangunan sekolahnya. Dia termenung seorang diri di balkoni bangunan bloknya. Tiba-tiba, seseorang telah memeranjatkannya dari belakang.
‘Hai, asal termenung ni ingat kat saper ?’ kata rakan seniornya iaitu Irawan yang merupakan rakan sekelas Azmir yanga sangat akrab. Syira tersenyum setelah menerima sapaan daripada Irawan itu.
‘Maner ade. Sajer je termenung,’ balas Syira kembali.
 Irawan tersenyum sambil berkata, ‘ ingat kat orang tu ke?’
‘Eh, tak laa. Lagipun, nanti jumpa jugak. Abang, dah empat tahun Syira simpan benda ni.’
‘Itu la Syira, abang suruh terus-terang, Syira tak nak. Habis tu sampai biler Syira nak tunggu dia.’
‘ Abang, Syira dah banyak kali cakap kat abang yang Syira takut untuk berterus-terang pada dia. Lagipun, Syira takut benda ni akan memberi impak yang buruk terhadap hubungan kita orang.’
‘ Suka hati Syira la. Abang cakap Syira bukan nak dengar pun,’ kata Irawan dengan pasrah.
‘ Syira masuk kelas dulu la, bang. Nanti cikgu marah pulak,’ Irawan hanya mengangguk saja dengan apa yang diperkatakan oleh Syira. Syira terpaksa meminta diri untuk masuk ke kelas kerana takut dimarahi guru mata pelajarannya.
Setelah tamat sesi pembelajaran, Syira ke kantin untuk menepati janjinya terhadap Azmir. Mereka telah berjanji untuk mengulang kaji pelajaran. Alia, Sofea dan tidak ketinggalan iaitu Irawan juga menyertai mereka untuk mengulang kaji. Alia dan Sofea ialah rakan sekelas sastera Syira. Sepanjang mereka mengulang kaji, tiada satu perkataan pun yang keluar dari mulut Syira mahupun Azmir, hanya Irawan, Alia dan Sofea sahaja yang bertutur bicara. Irawan yakin pasti Syira memikirkan sesuatu sehingga tidak mengeluarkan sepatah pun perkataan.
‘ Syira nak air tak? Abang belikan, lagipun abang haus ni,’ Azmir bersuara untuk memecahkan kesunyiannya dan Syira. Syira tetap diam tidak berkata malah dia hanya menggelengkan kepalanya untuk menjawab soalan Azmir. Azmir agak hairan dengan tingkah laku Syira. Dia juga mempunyai firasat yang sama seperti Irawan yang mengatakan Syira mempunyai masalah sehingga dia diam sebegitu. Tiba-tiba, Sofea dan Alia meminta diri untuk pulang kerana mereka terpaksa pulang awal. Hanya tinggal Syira, Irawan dan Azmir sahaja di situ. ‘ Syira ada masalah ke ?’ tanya Azmir bagi memuaskan hatinya. ‘ Kenapa tanya macam tu? Syira tak ada masalah apa-apa pun,’balas Syira.‘ Kalau tak ada masalah kenapa diam dari tadi?’ tanya Azmir lagi dengan tidak puas hati. Syira menukar topic perbualan itu dengan mengajak Irawan dan Azmir pulang kerana hari sudah agak senja.     

Pada malam itu, Syira dan Irawan chatting melalui yahoo mail. Irawan menanyakan soalan yang sama seperti Azmir di kantin. Syira berkata bahwa dia memikirkan tentang apa yang dibicarakan olehnya dan Irawan pada pagi hari itu tadi. Setelah empat tahun Syira, Azmir dan Irawan bersahabat, dalam diam Syira menyimpan perasaan terhadap Azmir. Perasaan yang dirasakan oleh Syira ini tidak pernah diluahkan kepada  sesiapa pun kecuali Irawan. Hanya Irawan yang mengetahui isi hati Syira terhadap Azmir. Syira selalu berdebar apabila berjumpa dengan Azmir. Dia tidak pernah mencintai mana-mana lelaki seperti ini. Tambahan pula, Syira tidak pernah bercinta. Irawan selalu memberi semangat kepada Syira supaya bersabar dengan setiap dugaan. Irawan telah menganggap Syira seperti adiknya sendiri jadi tidak mungkin dia sanggup melihat Syira bersedih.
Selang beberapa hari, semasa Syira dan Irawan ingin ke kantin untuk membeli air, Syira ternampak Azmir sedang bermesra bersama seorang perempuan yang amat dikenali oleh Syira iaitu Maisara. Maisara ialah musuh kepada Syira. Maisara juga menyimpan perasaan terhadap Azmir. Sudah banyak kali, Maisara memberi amaran kepada Syira supaya tidak mendekati Azmir. Hati Syira sewaktu itu sangat sakit dan sedih. Sesudah sahaja Irawan dan Syira membeli air, Maisara beredar dari meja Azmir. Irawan mengajak Syira untuk ke meja Azmir. Irawan dan Azmir berborak panjang tetapi tiada satu topic pun Syira bersuara. Irawan yakin bahawa hati Syira sangat sedih. Tiba-tiba, Syira bersuara lalu berkata, ‘Abang, cakap apa dengan Maisara tadi?’
‘Tak ada apa-apa la. Borak kosong je,’ balas Azmir.
‘Borak kosong je? Tapi Syira nampak  macam lain je.’
‘ Lain? Ye, ke? Okey la dik, abang mengaku. Sebenarnya abang bercinta dengan Maisara.’
Setelah Syira mendengar pengakuan itu, hatinya amat sakit. Irawan melihat Syira dengan penuh kasihan. Syira cuba mengawal perasaannya. ‘Abang tahukan yang Syira dengan Maisara tak sehaluan? Tapi kenapa abang terima dia?’
‘ Alaa, kejap je tu. Lama-lama nanti Syira dengan dia okey la,’ balas Azmir dengan malas. Syira membisu seribu bahasa setelah mendengar jawapan daripada Azmir.
Lama-kelamaan, Syira tidak dapat menahan sebak di dadanya sehingga dia terpaksa meminta diri untuk pulang.
‘Abang, Syira pulang dulu la. Rasa malas nak study hari ni.’ Tiada reaksi daripada Azmir mahupun Irawan. Tetapi Irawan tahu Syira sedih dengan apa yang telah terjadi itu. Tidak lama setelah Syira beredar, Irawan pula meminta diri daripada Azmir untuk pulang tapi hakikat yang sebenar Irawan ingin mengejar Syira.
‘Syira, tunggu dulu!’ panggil Irawan. Syira agak terkejut lalu langkahnya terhenti. Sesampainya Irawan di masjid sekolah di mana Syira berhenti, dia nampak airmata Syira yang jatuh di pipi. Irawan mengeluarkan tisu yang ada dalam poket seluarnya lalu diberinya kepada Syira. Syira mengambil tisu tersebut lalu mengelap airmata yang jatuh membasahi pipinya itu.
‘Syira sedih?’ tanya Irawan kepada Syira. Syira hanya mengangguk bagi menjawab soalan daripada Irawan. Mereka berdua membisu buat seketika. Tiba-tiba Syira bersuara, ‘Syira redha jika dia bukan milik Syira.’
‘Syira yakin?’ tanya Irawan. Syira mengangguk untuk menjawab soalan Irawan. ‘Kalau Syira yakin bagus la. Abang selalu doakan Syira bahagia dan dapat orang yang lebih baik daripada dia. Abang yakin pasti Allah ingin Syira dapat orang yang lebih baik daripada dia,’ kata Irawan lalu tersenyum supaya hati Syira sedikit terhibur. ‘Thanks, abang,’ hanya ucapan terima kasih yang keluar dari mulut Syira. Perasaan sedih Syira mungkin terubat sedikit setelah mendengar kata-kata daripada Irawan. Walaupun begitu, dia tidak dapat menipu hati dan perasaannya bahawa dia terlalu sayang dan cinta kepada Azmir.
Hubungan Syira dan Azmir agak renggang selepas kejadian itu. Irawan tidak berhenti memberi kata-kata semangat  kepada Syira. Irawan sangat risau dengan keadaan Syira kerana dalam masa beberapa minggu lagi Syira akn menduduki peperiksaan SPM. Begitu juga dengan dirinya sendiri yang akan menduduki peperiksaan STPM.
‘Syira, tunggu!’ tiba-tiba Azmir menegur Syira semasa Syira ingin ke perpustakaan. Syira terkejut setelah menerima sapaan daripada Azmir setelah sekian lama tidak berhubung. Langkah Syira terhenti. Hatinya berasa berdebar-debar.
‘Syira, maafkan abang!’ Syira agak binggung dengan apa yang diperkatakan oleh Azmir. Tetapi Syira hanya diam. ‘Syira, abang tahu, abang salah kerana percayakan Maisara. Abang juga salah buat keputusan untuk bercinta dengan Maisara. Maafkan abang!’ disambung lagi oleh Azmir. Syira rasa bersalah dengan Azmir. walaupun dia tidak mempunyai salah tetapi dia rasa sangat kesian terhadap lelaki yang dicintai itu. ‘Abang tak salah. Sudah la bang, kita lupakan benda yang lama itu. Tak payah nak ungkit lagi,’ Syira mulakan berbicara. ‘Abang, jom kita pergi library,’ sambung Syira untuk ceriakan hati Azmir. Azmir tesenyum setelah menerima pelawaan daripada Syira.
Sesampainya mereka di library, Syira nampak Irawan sedang membaca buku seorang diri. Syira tersenyum lalu dia menyapa Irawan. ‘Hai, nak join boleh?’
‘Ish, budak ni! Buat terkejut orang je. Duduk la. Eh, kau pun ada Mir,’ kata Irawan dengan terkejut. Azmir tersenyum dengan teguran yang diberi oleh Irawan. Syira dan Azmir duduk bersebelahan dalam perpustakaan. Syira juga duduk bertentangan dengan Irawan. Mereka duduk sepeti baru kenal. Mereka juga diam seribu bahasa.  
‘Azmir macam mane hubungan kau dengan Maisara sekarang? Bahagia?’ kata Irawan sedikit memerli Azmir. Azmir tersenyum lalu berkata bahawa dia dengan Maisara telah berputus. Dia sedar bahwa Maisara hanya ingin memainkan perasaan dia. Syira dan Irawan agak terkejut setelah mendengar kata-kata yang dikeluarkan oleh Azmir. Baru sekarang mereka tahu bahawa Azmir dan Maisara telah berputus seminggu yang lalu.
‘Jodoh aku bukan untuk bersama dia. Mungkin jodoh aku belum sampai. Atau aku yang tak nampak aku sendiri tak tahu.’ kata Azmir dengar penuh penyesalan. Irawan dan Syira saling berpandangan setelah mendengar keluhan daripada Azmir. Irawan tahu isi hati Syira yang sedih itu namun Irawan tidak mampu untuk mengubati hati Syira yang kepiluan itu. Irawan dalam diam, dia menyimpan hati terhadap Syira. Namun dia tidak mampu mengungkap segala itu.
‘Abang, Syira nak kena balik ni. Bye. Jumpa esok,’ Azmir hanya tersenyum dengan apa yang dikatakan oleh Syira manakala Irawan tidak menunjukkan apa-apa reaksi.
Sebulan selepas itu, Syira dan Irawan ingin ke kantin untuk membeli air. Syira berjalan mendahului Irawan. Syira kaku seketika setelah nampak Azmir dan seorang perempuan sedang bermesra. Irawan juga terkejut dengan apa yang terjadi. Perempuan itu adalah rakan sekelas mereka yang bernama Myraa. Airmata Syira tidak dapat dihalang lagi untuk jatuh membasahi pipi. Setelah airmatanya mengalir membasahi pipi dia terus lari untuk pulang ke rumah. Irawan tidak mampu untuk menghalang Syira. Disebabkan perasaan marah itu menguasai diri Irawan, dia menghampiri Azmir lalu menampar muka Azmir.   
Semasa Syira ingin melintas jalan, dia tidak menyedari bahawa ada sebuah kereta BMW sedang menghampiri dirinya. Secara tidak sengaja kereta itu melanggar Syira. Kejadian itu dilihat secara langsung oleh ibu Syira iaitu Puan Sofieya, Irawan dan juga Azmir. Semua orang yang ada di situ sangat terkejut melihat kejadian yang tidak sangka itu. Pemilik kereta BMW itu, Encik Syahid sangat berasa bersalah dengan apa yang terjadi lalu dia membantu Puan Sofieya membawa Syira ke Hospital Pakar Perdana. Encik Syahid akan menanggung semua pembelanjaan Syira sepanjang dia di hospital.
Azmir sangat berasa bersalah dengan apa yang terjadi. Kalau bukan kerana dia dengan Myraa, Syira tidak akan mengalami kemalangan. Azmir dan Irawan sangat rapat dengan Puan Sofieya. Apabila doktor selesai memeriksa Syira, doktor memberitahu bahawa Syira dalam keadaan kritikal. Syira berada dalam keadaan koma. Doktor tidak dapat memastikan bila Syira akan sedar.
Azmir sangat menyesali dengan apa yang terjadi. Kini, dia tahu bahawa Syira menyimpan hati terhadap dirinya. Azmir sangat rasa bodoh kerana tidak menyedari perasaan cinta yang dirasai oleh Syira dan dirinya sendiri. Azmir memberitahu ibunya, Puan Syahida tentang Syira yang mengalami koma. Tetapi Azmir tidak memberitahu Puan Syahida tentang perasaan cinta yang dirasai oleh Syira dan dirinya. Puan Syahida meminta Azmir untuk membawanya pergi melawat Syira.
Sesampainya mereka di hospital, Azmir langsung tidak sangka bahawa Puan Syahida telah saling mengenal dengan Puan Sofieya. ‘Umi, jadi umi dah kenal lama dengan Mama Sofieya?’
‘Kami dah kenal lama, nak,’ jawab Puan Syahida dengan tenang. ‘Azmir, ada sesuatu yang perlu kamu tahu,’ kata Puan Syahida dengan sifat keibuannya. ‘Yang sebenarnya, Syira adalah adik-beradik sepersusuan kamu,Mir,’ sambung Puan Syahida. Secara kebetulan dan tidak sengaja  Irawan terdengar perbualan itu semasa ingin memasuki bilik Syira. Irawan sangat terkejut setelah mendengar hal itu begitu juga Azmir. Azmir sangat terkejut apabila mengetahui hal itu. Dia sangat sedih kerana telah mencintai adiknya sendiri. Dia menangis tidak henti setelah mengetahui hal itu. Airmatanya terus membasahi pipi.
Beberapa hari kemudian, Syira sedar daripada koma. Azmir, Irawan, Puan Sofieya dan juga Puan Syahida sangat gembira. Syira juga gembira setelah sedar dari tidur panjangnya itu. Syira telah berada dalam keadaan yang stabil tetapi Syira perlu berehat di hospital untuk beberapa hari lagi. Puan Sofieya mengenalkan Puan Syahida kepada Syira. Puan Sofieya memberitahu Syira tentang perkara yang sebenar kepada Syira. Syira sangat terkejut dengan apa yang telah diberitahu oleh ibunya. Namun, dia tidak mampu melakukan apa-apa lagi. Dia telah menyesali dengan perasaan cinta yang dirasainya itu. Baginya Azmir itu memang bukan jodoh untuknya. Dia akan berserah kepada takdir.
Dua tahun sudah berlalu,Azmir dan Syira telah membiasakan diri mereka sebagai seorang adik dan seorang abang. Mereka juga telah membuang perasaan cinta yang pernah dirasai oleh mereka. Syira dan Azmir  terima dengan suratan takdir untuk mereka. Kini,Syira sedang belajar di Kolej Matrikulasi Melaka manakala Azmir sedang belajar di Sunway Universiti College di Kuala Lumpur bersama Irawan. Irawan juga telah berjaya menawan hati Syira untuk bercinta dengannya. Azmir belum menemui gadis pilihan untuk dirinya. Bagi Azmir, kebahgiaan adiknya iaitu Syira adalah kebahgiaan bagi dirinya. Yang dia inginkan adalah kebahgiaan Syira.
Suatu hari, Azmir secara tidak sengaja terlanggar seorang perempuan yang bernama Aen. Azmir telah tertawan dengan Aen. Dia menceritakan hal ini kepada adiknya dan Irawan. Syira sangat gembira apabila dapat tahu bahawa abangnya sedang mabuk cinta.
‘Abang, betul ke abang dah jatuh cinta?’ Azmir hanya mengangguk lalu tersenyum malu. Irawan dan Syira saling berpandangan lalu menyebut ‘Alhamdullillah’ secara serentak. Azmir sedikit hairan dengan kerenah adik dan rakannya ketika itu. ‘Asal dengan korang ni, tersenyum-senyum dari tadi?’ tanya Azmir dengan penuh hairan.
‘Tak de laa saje nak happy-happy,’ balas Syira sambil ketawa.
‘Sebenarnya kita orang happy kalau kau dah dapat jodoh. Sebab nanti laa kita orang kahwin, kan Syira?’ Irawan berkata sambil ketawa.

Beberapa minggu kemudian, akhirnya Azmir dapat memiliki cinta seorang perempuan yang dilanggarnya dulu. Syira dan Irawan sangat gembira kerana Amir telah bertemu dengan jodohnya setelah hancur hatinya kerana telah mencintai adiknya.
‘Alhamdullilah, kiranya sekarang abang dan Kak Ainaa dah couple la kan ?! Bagus la,’ kata Syira kepada abangya. Senyuman malu mula terukir dibibir Azmir setelah mendengar kata-kata yang keluar dari mulut adiknya itu.Azmir, Syira, Irawan dan Ainaa iaitu kekasih kepada Azmir berharap agar hubungan yang terjalin itu akan sentiasa bahagia buat selamanya.
Setelah setahun bercinta, Azmir dan Ainaa telah membuat keputusan bahawa mereka ingin menamatkan kisah percintaan mereka dengan bahtera perkahwinan. Syira dan Irawan gembira dengan keputusan Azmir itu. Setelah mereka berbincang dengan kedua ibu bapa mereka, akhirnya mereka mendapat keputusan yang sesuai. Azmir, Ainaa, Syira dan Irawan akan berkahwin pada tarikh yang sama.Azmir dan Syira bahgia sangat. Akhirnya mereka dapat menyingkirkan perasaan cinta yang pernah dirasai oleh mereka dan akhirnya mereka bahagia bersama orang yang dicintai oleh mereka.

Setelah majlis akad nikah dan acara persandingan selesai, semua ahli keluarga berkumpul. Mereka menikmati saat-saat indah itu. Mereka bersyukur kerana majlis mereka berjalan dengan lancar. Apabila jam telah menunjukkan pukul 2.30 pagi, semua ahli keluarga Syira dan Azmir bersurai hanya Azmir, Ainaa, Irawan dan Syira sahaja yang tinggal di ruang tamu itu. Azmir mengajak Ainaa masuk ke dalam bilik kerana Azmir terlalu letih menayan tetamu yang datang. Sesudah itu, Irawan pula yang mengajak Syira ke bilik dengan malu.
Setelah Syira dan Irawan masuk ke bilik untuk tidur, Syira telah menyatakan sesuatu kepada Irawan. ‘Abang, terima kasih sebab tunggu Syira selama ni. Syira mintak maaf sebab dulu Syira tak Nampak cinta abang. Dulu apa yang Syira tahu hanya abang Azmir. Maafkan Syira.’ Irawan terkaku lalu tersenyum setelah mendengar suara hati isterinya. Dia menjadi serba salah dengan Syira. ‘Syira, dah lama abang maafkan Syira. Abang faham dengan apa yang jadi kat kita dulu. Syira, apa yang abang lakukan ini dinamakan Pernantian Yang Setia. Abang ingin menjadi yang seseorang yang mencintai Syira dengan setia walaupun dengan kadar sederhana.’ Mengalir airmata Syira setelah mendengar  ucapan itu daripada suaminya Irawan.
Malam yang suci, bintang yang menemani bulan yang indah itu telah menyaksikan keindahan malam Syira dan Irawan yang telah meluahkan apa yang dirasai oleh mereka selama ini sehingga dapat masuk ke pintu gerbang bahtera perkahwinan. Irawan dan Syira berharap bahtera perkahwinan yang baru sahaja dinaiki itu akan berlayar sehingga akhir hayat mereka.

Takdir Menentukan Segalanya

Cerita ini mengisahkan seorang remaja yang baik,sopan,jujur dan tulus. Remaja ini diberi nama Batrisya. Batrisya seorang yang mudah bergaul. Meskipun begitu, dia tidak mempunyai ramai rakan. Kadang-kala dia merasakan bahawa dia dipinggirkan oleh rakannya. Batrisya mempunyai ramai rakan yang lebih berumur darinya. Dia sangat rapat dengan senior jika dibandingkan dengan rakan yang sebaya dengannya.

Batrisya mempunyai tiga rakan senior yang begitu dia rapat. Lelaki itu ialah Aiman, Syafiq dan Akmal. Batrisya begitu rapat dengan mereka. Jika ada sesuatu yang terbuku dalam hati Batrisya, mereka orang yang Batrisya akan cari dahulu. Antara Aiman,Syafiq dan Akmal orang paling Batrisya rapat ialah Aiman. Aiman, Syafiq dan Akmal memanggil Batrisya dengan nama Isya.

Pada suatu hari, Isya mempunyai masalah dengan rakannya yang bernama Waniey. Seperti selalu, Isya mencari-cari dimanakah Aiman, Syafiq dan Akmal berada? Siapa yang ditemuinya dulu? orang itulah yang bakal dia luahkan perasaannya itu. Tidak lama kemudian, dia temui Aiman yang berada di kantin. Isya meluahkan segalanya kepada Aiman.
“ Abang, Isya ada masalah sikit la.” kata Isya dengan penuh kekecewaan.
“ Masalah apa Isya? Bunyi macam serius je.”kata Aiman
“ Kawan Isya, Waniey tu, dia salah faham dengan Isya la. Isya dah buntu ni tak tahu nak buat apa sekarang.”
“ Itu je. Ingatkan apa la tadi. Pujuk je la dia. Apa susahnya?”
“ Apa susahnya? Abg cakap. Masalahnya dia tak percayakan Isya lagi. Faham?”
“ Isya, dengar ni. Isya pujuk je dia dan buat dia percayakan Isya lagi. Okey?”
“Okey la. Nanti Isya cuba. Thanks abang.”
Isya terus beredar dari situ untuk memujuk rakannya kembali. Begitulah hubungan mereka yang sering terjadi.

Secara tidak sedar, Isya telah menyimpan perasaan terhadap Aiman yang selalu menolongnya di saat kesusahannya. Namun begitu, jauh di lubuk hatinya, Isya ingin membuang perasaan itu kerana dia tidak mahu sesuatu terjadi pada hubungannya dengan Aiman, begitu juga  dengan Syafiq dan Akmal. Lama-kelamaan, Isya tidak dapat menahan perasaannya itu lalu dia meluahkan kepada Syafiq dan juga Akmal. Syafiq dan Akmal menyuruh Isya meluahkan perasaan tersebut kepada Aiman tetapi Isya tahu bahawa itu sesuatu yang mustahil baginya untuk melakukan benda itu. Isya mengambil keputusan untuk memendam perasaan tersebut.

Hubungan Isya,Aiman,Syafiq dan juga Akmal masih seperti biasa. Tidak ada apa-apa yang berlaku di antara mereka berempat. Semasa Isya menunggu ibunya menjemputnya dari sekolah, Akmal selalu menemaninya supaya Isya tidak kesunyian. Akmal begitu baik terhadap Isya. Dia seorang yang sangat prihatin dan selalu mengambil berat tentang Isya. Isya gembira kerana masih ada yang sanggup memperlakukannya sebegitu rupa.

Pada suatu hari, semasa Isya dan Akmal bergurau-senda sambil menunggu ibu Isya datang jemput Isya. Akmal memberitahu sesuatu yang membuat Isya sangat sedih.
“Isya, kalau Akmal cakap sesuatu boleh?”
“Cakaplah. Sejak bila Akmal jadi pemalu ni?”
“Emm. Sebenarnya Akmal akan pindah dari sini. Ibu Akmal mahu Akmal bersekolah di sekolah lain.” kata Akmal dengan penuh kesedihan.
Isya berasa sangat sedih dengan apa yang telah dikatakan oleh Akmal. Tanpa disedari, air mata Isya telah jatuh membasahi pipinya. Akmal memujuk Isya supaya tidak menangis kerana Syafiq pasti akan memarahi Akmal kerana telah membuat Isya menangis. Hal ini kerana Syafiq pantang melihat orang membuat Isya menangis. Syafiq pasti menegur siapa yang membuat Isya menangis.
“ Isya, please, stop crying! Nanti Syafiq nampak macam mana?  Awak tahukan perangai Syafiq macam mana orangnya kalau dia tengok awak nangis.”pujuk rayu Akmal terhadap Isya supaya tangisan Isya berhenti. Isya menundukkan wajahnya dan menghapuskan air matanya yang mengalir lalu senyum untuk menutupi rasa kesedihannya.
“ Bila awak akan pindah?”kata Isya dalam kesedihan.
“ Esok.”kata Akmal dengan ringkas.
Isya begitu sedih kerana Akmal akan meninggalkan dirinya. Tiada lagi orang yang akan menemani Isya semasa menunggu ibunya datang menjemput.
“ Congratulations! Mungkin awak akan berjaya kat sana. Akmal, saya nak awak tahu kepergian awak akan membuat saya sunyi. Tiada lagi orang yang boleh buat saya gelak. Tak ada lagi orang yang akan teman saya masa saya stress.”kata Isya dalam kesedihan dan tersenyum supaya tidak kelihatan akan kesedihannya.
Akmal juga merasakan kesedihan yang dirasai oleh Isya. Akmal tidak mampu untuk menolak permintaan ibunya supaya berpindah sekolah.
“ ‘Isya, jangan macam ni. Akmal pergi pun sebab terpaksa. Kalau bukan kerana ibu Akmal, saya tak akan pergi. Percayalah!”
“ It’s okay, Akmal. Saya faham. Hari ni hari terakhir kita,jadi saya nak bagi kata-kata terakhir saya kat awak. Saya harap awak akan berjaya kat sana dan kat sana nanti awak jangan lupa kat saya pulak,tau.  You should know that I will always miss you, seriously!”
Akmal tersenyum dan berkata “ Thanks. Akmal pun nak Isya berjaya kat sini. Kalau Isya buat kerja tu betul-betul tau, jangan main-main. Isya belajar betul-betul supaya nanti dapat keputusan yang baik,okey?”
“Okey.” kata Isya lalu tersenyum.
“ Isya, Akmal nak Isya tahu yang Akmal pun akan sentiasa rindu kat Isya nanti.”
Isya hanya tersenyum dan tidak berkata apa-apa. Tidak lama kemudian ibu Isya datang menjemput Isya.
“ Akmal,Isya pergi dulu. Isya doakan yang terbaik untuk Akmal. I will miss you.”
“ I will miss you too, my sis.”kata Akmal sambil tersenyum memandang Isya.

Isya membalas senyum Akmal lalu memasuki kereta ibunya. Isya dan Akmal hanya senyum walaupun dalam hati mereka sangat sakit. Mereka tidak mampu untuk meluahkan perasaan yang dirasakan oleh mereka pada saat itu.

Pada keesokkannya, Isya pergi ke sekolah seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Dalam hati Isya hanya Allah yang mengetahui betapa sakitnya hati Isya. Wajah Isya pada hari itu sangat berbeza dengan hari sebelumnya.

Walaupun Akmal sudah lama berpindah tapi Isya tetap tidak dapat melupakan Akmal. Pada suatu hari,wajah Isya begitu pucat dan matanya bengkak. Ini terjadi disebabkab oleh tangisan Isya yang keluar seharian semalam. Isya juga tidak makan seharian kerana terlalu memikirkan tentang perpisahannya dan Akmal.
Semasa Isya ke kantin untuk berjumpa dengan Syafiq dan juga Aiman, Isya kelihatan seperti orang yang tidak bermaya. “Eh, Isya kenapa ni?” tanya Aiman dalam keadaan kebinggungan.
“ Tak ada apa-apa la. Kenapa pulak?” tanya Isya kembali.
“ Muka awak nampak pucat.”jawab Syafiq.
“ I’m fine. Don’t worry about me. Okay?”
“ Fine.”jawab Syafiq dan Aiman secara serentak. “ Awak nak makan, tak ni?” tanya Syafiq terhadap Isya.
“ Tak.”jawab Isya dengan pantas.

Syafiq dan Aiman mengetahui perkara yang sebenarnya tapi mereka hanya diamkan diri supaya Isya tidak terlalu sedih. Isya tekun membuat kerja Matematiknya yang ditugaskan oleh gurunya. Pada masa yang sama Isya berfikir sendiri. ‘ Akmal telah pergi meninggalkan aku, kesunyian pasti menimpa aku. Tambahan pula, abang Syafiq dan abang Aiman pasti sibuk menguruskan pelajaran mereka kerana mereka akan menduduki SPM pada tahun ni. Sanggupkah aku hadapi semua ni? Sekarang aku rasa rindu sangat kat Akmal.’

Tiba-tiba kata-kata daripada Syafiq telah membangunkan Isya daripada lamunannya.
“Dik, okey tak?”tanya Syafiq.
“ Okey.”jawab Isya.
Aiman bersuara memberi semangat terhadap Isya. “ Isya, saya tahu awak fikirkan Akmal. You miss him,right?” Isya hanya mengangguk. “Awak tak payahla fikir sangat pasal Akmal tu, saya dan Syafiq kan ada.”tambah Aiman lagi. “ Saya tahu. Dah la saya tak nak cakap pasal ni lagi. Eh, ya Allah. Wahai abang-abangku kenapa tak cakap dah pukul 2? Ya Allah. Dah la jom balik,nanti mama sampai habisla saya kena marah. Dah jom.”kata Isya. Aiman dan Syafiq tersenyum melihat Isya sudah ceria sedikit. Harapan mereka ialah melihat Isya menjadi seorang yang ceria seperti dulu.

Di akhir tahun seperti ini sudah tentu Syafiq dan Aiman agak sibuk menguruskan pelajaran mereka. Tapi pada masa yang sama Syafiq dan Aiman tidak melupakan Isya. Hubungan Isya, Aiman dan Syafiq masih sama seperti dulu. Tapi di saat-saat akhir sebegini, Isya selalu fikirkan tentang hubungannya dengan Aiman dan Syafiq. ‘Ya Allah, adakah aku akan berpisah dengan abang Syafiq dan abang Aiman setelah mereka tamat bersekolah nanti?’ Itulah yang selalu bermain difikiran Isya. Kadang-kadang Isya menjadi sedih kerana dia telahpun kehilangan Akmal. Dia tidak mahu kehilangan Aiman dan Syafiq pula.

Suatu hari, semasa Isya mengulang kaji di kantin sekolah, sesuatu yang tidak diduga telah berlaku. Semasa itu, Isya keseorangan kerana Aiman dan Syafiq mempunyai kelas tambahan. Isya terpaksa pulang lewat kerana ibunya mempunyai kerja yang harus diselesaikan dan tidak dapat mengambil Isya. Terdapat seorang lelaki yang memerhatikan Isya sejak dia membuat ulang kaji. Isya perasan akan perkara itu tetapi tidak dihiraukannya.

Tiba-tiba, lelaki tersebut menegur Isya. Isya begitu terkejut rupa-rupanya lelaki itu ialah Akmal. Isya sangat gembira sangat kerana dapat berjumpa dengan Akmal,orang yang dirinduinya selama ini. Akmal tersenyum lalu bertanya,” Hai, sihat?” Isya senyum dan jawab,” Saya sihat. Duduk laa.”perlawaan Isya untuk Akmal agar duduk.
Kegembiraan mereka pada hari itu sukar untuk digambarkan. Mereka begitu gembira setelah sekian lama mereka berpisah.
“Akmal, awak tak nak kembali kat sekolah ni ke?” tanya Isya kepada Akmal dengan nada yang perlahan.
“Why? You miss everything about me isn’t it?”
“Yeah. I miss every moment with you. Entah-entah awak tu,yang tak rindukan saya dan kawan-kawan kat sini langsung. Ye la, awak..” tiba-tiba Akmal mencelah, “ Isya,listen here.I miss you too. I miss all my friends here, especially you,Aiman, and Syafiq.”
Mereka berdua meneruskan perbualan mereka dengan perasaan gembira. Bak kata pepatah, melepaskan rindu yang terpendam di dada. Sedang mereka rancak mereka berbual, Akmal menanyakan sesuatu kepada Isya, “Isya, sampai bila awak nak pendam perasaan awak kat Aiman? Cepat atau lambat,dia akan tahu jugak.I think that you should tell him the truth about your feeling.” Isya terkejut kerana Akmal bertanya seperti itu.

Belum sempat Isya menjawab apa-apa, Aiman dan Syafiq tiba di kantin. “ Eh,Akmal! Kau buat apa kat sini?”tanya Syafiq dalam keadaan yang agak terkejut. “ Saje aku singgah sini sambil tunggu adik aku yang form 1 tu. Asal? Aku tak leh datang sini lagi?”tanya Akmal kembali. “ Aku gurau je la.”jawab Syafiq. Aiman dan Syafiq terus mengambil tempat duduk masing-masing iaitu di hadapan Isya.

Isya diam tidak berkata apa-apa. Sedikit pun dia tidak mencelah perbualan antara Syafiq,Aiman dan Akmal. Ini kerana dia memikirkan tentang kata-kata yang dikeluarkan oleh Akmal itu. Perbuatan Isya itu membuatkan Syafiq rasa kebinggungan.
“ Isya, okey tak ni?”tanya Syafiq
“Okey.”jawab Isya dengan ringkas.
“ Asal diam je dari tadi? Selalunya Isya suka bercakap. Bak kata seperti burung kakak tua,”kata Syafiq untuk menceriakan hati Isya. Isya hanya tersenyum dengan kata-kata Syafiq itu. Akmal dapat rasa bahawa kata-katanya tadi membuat fikiran Isya terbeban. Syafiq dan Aiman meminta diri untuk ke masjid sekolah kerana mereka belum lagi menunaikan solat Zohor. Akmal dan Isya mengangguk sahaja.

Setelah Syafiq dan Aiman beredar, Isya terus bersuara. “Cinta tidak seharusnya dimiliki,kan? Akmal,Isya rasa lebih baik untuk Isya pendam je benda ni. Lagipun sukar untuk Isya luahkan perasaan ni,Akmal. Isya pun tak nak hanya sebab perasaan Isya, hubungan antara Isya dan Aiman berubah. Isya . . .” belum selesai percakapan Isya, Akmal sudah membuka mulutnya. “Isya sanggup tengok dia dengan perempuan lain?”tanya Akmal. “ Isya redha Akmal.”jawab Isya dengan hati yang luka. “Isya cuba awak tanya diri awak betul-betul. Tak mungkin perasaan sakit itu tak wujud dalam diri awak di saat Aiman dengan perempuan lain. Perasaan sakit itu tetap ada Isya. Isya, awak kena tahu itu bukan redha itu pasrah. Redha itu ikhlas pasrah tu menyerah. Dalam keadaan awak macam ni, Akmal rasa perasaan pasrah yang wujud dalam hati Isya bukan redha.”tegas Akmal. Isya menundukkan wajahnya lalu air matanya mengalir tanpa disedari.

Akmal memberikan tisu kepada Isya agar Isya menghapuskan air matanya yang mengalir sebelum Syafiq dan Aiman tiba. Tidak lama kemudian, Aiman dan Syafiq tiba di kantin. Isya dan Akmal menyambut ketibaan Syafiq dan juga Aiman dengan senyuman. Sebaik sahaja Aiman dan Syafiq duduk di kerusi yang berada di hadapan Isya dan Akmal, Isya mengemaskan semua barang-barangnya ke dalam beg.
“ Eh, Isya dah nak balik ke?”tanya Aiman dalam kebinggungan.
“ Ye! Saya dah nak balik lagipun janji dengan mama pukul 3.30.”jawab Isya.
“ Okey la. Kita jumpa esok.”Syafiq mencelah.
Mereka hanya saling tersenyum. Isya meminta diri untuk pulang. Syafiq dan Aiman mengangguk manakala Akmal meminta diri untuk menghantar Isya ke hadapan. Syafiq dan Aiman tersenyum terhadap Akmal. Tiba-tiba Akmal bersuara,“Isya sampai bila? “Sampai bila-bila.”balas Isya. “Isya tak nak ke buka hati Isya buat orang lain?”tanya Akmal kembali. “Tak.”balas Isya dengan begitu ringkas. Isya meminta diri dengan Akmal untuk pulang. 

Setelah Isya sampai di rumah, dia selalu memikirkan kata-kata Akmal. Isya berfikir sendiri, ‘ mungkin betul kata-kata Akmal tadi, aku telah pasrah dengan semua ni bukanlah redha yang selalu aku perkatakan itu. Akmal, saya rasa awak betul dan saya salah. Tapi saya rasa keputusan saya dah muktamad. Saya hanya akan pendam perasaan ini. Walaupun berat bagi saya. Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk lupakan dia,’ Isya telah bertekad dengan perasaannya.

Selang beberapa minggu, peperiksaan SPM telah berlangsung. Isya selalu pulang pukul 5 petang hanya kerana untuk menemani Aiman dan juga Syafiq belajar untuk menghadapi peperiksaan. Pada hari terakhir persekolahan Isya meminta maaf dengan Aiman dan Syafiq jika ada salah dan silapnya kerana Aiman dan Syafiq bakal keluar sekolah setelah tamatnya peperiksaan SPM nanti.
“ Abang,Isya minta maaf tau kalau ada salah silap Isya. Isya harap abang tak simpan dalam hati semua benda tu. Nanti abang keluar dari sekolah ni Isya akan selalu doakan kejayaan abang tak kira di mana saja abang berada.”
“ Isya, kita orang dah lama maafkan Isya lagipun kita orang tak simpan dalam hati pun. Betul tak, Aiman?,” balas Syafiq.
“ Hmm.. Betul-betul,” balas Aiman kembali.
“ Thanks abang sebab jadi kawan baik Isya. Selama abang semua kat sini Isya tak pernah pun rasa sedih. Tapi mungkin perpisahan yang kita akan hadapi ni akan membuatkan Isya sedih sebagaimana Isya sedih semasa kepergian Akmal dulu. Isya tak nak hubungan kita putus tapi kalau terpaksa nak buat macam mana. Isya terpaksa laluinya juga. Bak kata pepatah ‘setiap pertemuan pasti akan berpisah, betul tak?”balas Isya.
“ Ye dik. Benda tu memang betul tu. Benda ni memang berat tapi kita terpaksa ringankan jugak,” kata Syafiq.
“ Semuanya bergantung kepada takdir. Walaupun kita orang tak ada kat sini kita masih boleh berhubung, betul tak? Kita tak perlu fikir tentang perpisahan kita sebab semua telah diatur oleh takdir. Takdir yang menentukan. Setiap apa yang berlaku tu pasti ada hikmahnya. Okey?” kata Aiman.
Secara serentak, Syafiq dan Isya berkata, “ Okey,” sambil tersenyum. Isya meminta diri untuk pulang. Aiman dan Syafiq mengangguknya  dan ingin menghantar Isya ke hadapan tapi Isya menolaknya. Isya tidak mahu terlalu merasakan kesedihan itu sebab itulah dia meolak perlawaan daripada Syafiq dan Aiman untuk menghantarnya.

Sebaik sahaja Isya melangkah keluar dari pintu pagar sekolah dia merasakan sesuatu yang amat menyakitkan dan amat menyedihkan untuk hatinya. ‘ Adakah ini kesudahan yang akan aku lalui setelah berhubungan lama dengan mereka? Adakah ini takdir yang dikatakan oleh abang Aiman tadi? Ya Allah jika ini takdir yang Engkau takdirkan buat diriku, berilah aku kekuatan untuk hadapi semua ni.’

Isya menguatkan dirinya untuk menerima takdir yang sebenar bahawa dia telah berpisah dengan Aiman, Syafiq dan juga Akmal. Dia akan cuba untuk menerima takdir yang telah ditakdirkan untuknya. Tiada lagi tempat untuk Isya meluahkan perasaannya, masalahnya di sekolah. Jika dulu dia ada Syafiq,Aiman dan Akmal tapi sekarang dia keseorangan.

Isya bertekad untuk belajar hidup berdikari tanpa Aiman,Syafiq dan Akmal. Lagipun Aiman pernah berkata padanya, “jika suatu hari nanti kita ditakdirkan berpisah, awak harus belajar berdikari. Promise me, please.” Itulah yang menjadikan Isya bertekad untuk berdikari. Cinta Isya terhadap Aiman masih sama dan takkan berubah. Kasih sayang Isya untuk  Akmal dan Syafiq juga tidak akan berubah.

Isya akan selalu mengingati segala kata-kata terakhir daripada Aiman, Syafiq begitu juga daripada Akmal. Kata terakhir mereka ialah ‘Isya, jika perpisahan berlaku antara kita, kuatkan semangat awak. Ingat belajar betul-betul. Kami tidak dapat lagi menemani Isya jadi Isya harus pandai untuk berdikari. Yakinlah bahawa perpisahan antara kita semua hanya sementara. Ingat tu.’ Perkara itu yang membuatkan Isya kuat dan tabah menghadapi semuanya. Isya juga telah bertekad untuk tidak membuka pintu hatinya untuk orang lain. Ini kerana Isya terlalu menyayangi Aiman.

5 tahun kemudian, umur Isya telah meningkat. Sekarang umurnya telah 19 tahun. Walaupun sudah lima tahun berpisah dengan Aiman, Akmal dan Syafiq tetapi Isya tetap tidak dapat melupakan kisah persahabatan mereka. Sekarang Isya telah menuntut di Sunway University College, Kuala Lumpur dan mengambil bidang peguam. Di Kuala Lumpur, Isya tinggal bersama saudaranya yang tinggal di sana. Kebetulan saudaranya yang bernama Mimi turut menuntut di Sunway University College dan mengambil bidang peguam sama sepertinya.

Suatu hari, Isya dan saudaranya,Mimi keluar berjalan-jalan di Berjaya Time Square untuk menghilangkan tekanan mereka. Mereka pergi bersama dengan saudaranya yang lain iaitu dua orang kakak kepada Mimi. Sebelum mereka membeli-belah, mereka pergi ke food court terlebih dahulu. Semasa mereka berada di food court, sesuatu telah terjadi tanpa diduga.
Isya sangat terkejut dengan apa yang telah terjadi itu. Kejadian ini amat membuatkan Isya terkejut tetapi pada masa yang sama, Isya rasa amat gembira. Di Food Court Berjaya Time Square itu, Isya telah bertemu kembali dengan orang yang sangat dirinduinya iaitu Aiman, Syafiq dan juga Akmal. Mereka bertemu kembali  tanpa disangka. Keadaan mereka ketika itu sangat gembira.
“ Hai Isya. Lama tak jumpa. Isya sihat?” kata Akmal dengan penuh kegembiraan.
“ Isya sihat je. Awak sihat? Abang Aiman dan abang Syafiq sihat?” kata Isya sambil tersenyum.
“ Kami semua sihat. Isya macam mana sekarang? Belajar okey?” kata Syafiq.
“ Isya okey je. Belajar pun okey. Sekarang ni Isya belajar di Sunway University  College dan ambil peguam,”jawab Isya kembali.
“ That’s great. Isya memang layak sangat ambil peguam. Sebab Isya kan burung kakak tu,”kata Aiman sambil tersenyum.
“ Eh, suka hati dia je cakap macam tu,”kata Isya.
Syafiq dan Akmal tersenyum. Tiba-tiba Akmal bersuara, “ Eh, sekejap! Isya cakap Sunway University kan tadi?” Isya hanya mengangguk persoalan Akmal itu. “Sebenarnya, kami semua pun belajar kat situ jugak tapi kenapa tak pernah jumpa ekk?”kata Akmal kembali. “ Ye la. Kami pun belajar kat sana tapi tak pernah pulak jumpa,” Aiman mencalah. Syafiq dan Isya tersenyum seperti ada sesuatu yang mereka sembunyikan dalam hati. “ Memang betul apa yang abang semua cakap lima tahun yang lepas iaitu perpisahan yang berlaku antara kita hanya untuk sementara,”kata Isya lalu tersenyum. “ Abang semua ambil bidang apa?” tambah Isya lagi. “ Saya dan Syafiq ambil bidang fotografi, si Aiman ni ambil psikologi,”jawab Akmal. Isya hanya mengangguk. Mereka berbual rancak setelah sekian lama tidak berjumpa. Isya memperkenalkan Akmal,Syafiq dan Aiman kepada saudaranya.

Bermula pada hari itu, Isya tahu apa yang dimaksudkan dengan persahabatan yang sebenar. Bagi Isya, persahabatan yang diukir olehnya bersama Aiman, Syafiq dan Akmal itu adalah persahabatan yang sebenar dan sejati. Ini kerana baginya persahabatan yang sebenar dan sejati itu akan selalu di samping rakan tidak mengira senang atau susah dan persahabatan yang sejati itu tidak akan pernah berpisah. Isya berharap agar pertemuannya dengan Aiman, Syafiq dan Akmal kali ini tidak lagi berpisah kerana tidak sanggup lagi untuknya menghadapi detik perpisahan itu. Tetapi jika dia terpaksa untuk menghadapi perpisahan itu lagi maka dia akan menerima sebaik-baiknya.

Kini Isya telah membuka pintu hatinya untuk orang lain. Lagipun Isya tahu bahawa Aiman bukan miliknya. Tambahan pula, Aiman telah bertunang dengan orang yang dicintainya. Syafiq pula sedang bercinta dengan seorang gadis yang telah menjadi pilihan hatinya. Hati Isya telah membuat pilihan bahawa Akmal ialah pilihan tepat untuknya. Sekarang takdir telah menunjukkan bahawa kisah kehidupan Isya berakhir dengan kegembiraan bersama Aiman, Syafiq dan juga Akmal yang telah menjadi kekasih hatinya. Isya mula memahami perkataan sabar yang selalu Aiman,Syafiq dan Akmal perkatakan. Ini kerana sabar itu ajaib. Allah akan selalu menolong orang yang sabar.